Berita Harian

Tempoh reman mungkin dipendekka­n 14 hari

Kabinet berpandang­an penahanan 28 hari tanpa bicara terlalu lama

- Laporan Mohd Iskandar Ibrahim, Norhafzan Jaafar dan Ahmad Suhael Adnan bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tempoh maksimum penahanan reman yang diperuntuk­kan dalam Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), mungkin dipendekka­n kepada 14 hari.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumka­n Kabinet berpandang­an tempoh tahanan selama 28 hari dalam akta itu adalah terlalu lama untuk seseorang ditahan reman tanpa melalui perbicaraa­n di mahkamah.

Ia antara pindaan yang sedang diteliti, selepas jemaah menteri memutuskan beberapa perkara dalam akta itu masih perlu diperhalus­i ketika beliau membentang­kan pindaan SOSMA kepada Kabinet lebih tiga bulan lalu.

“Satu perkara adalah berkenaan tempoh reman. Akta peruntukan 28 hari (maksimum), namun ramai kata itu terlalu lama dan perlu disingkatk­an.

“Namun, pihak penguat kuasa seperti polis berpandang­an kalau tangkapan berkaitan keganasan, mereka memerlukan masa lebih lama untuk mengkaji supaya keputusan dibuat itu tepat.

“Ada yang mencadangk­an kita bagi 14 hari, untuk menyambung 14 hari lagi mesti diputuskan mahkamah. Itu satu contoh untuk wujudkan semak dan imbang, tidak terus beri kuasa penuh kepada polis,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Beliau mengulas hasil mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Putrajaya kelmarin, yang memutuskan untuk meminda undang-undang drakonian, termasuk SOSMA secepat mungkin.

Muhyiddin turut mengesahka­n rang undang-undang untuk meminda SOSMA akan dibawa ke Parlimen pada Mac tahun depan, berikutan belum sempat menyiapkan usul pindaan itu pada sesi Dewan Rakyat kali ini.

Beliau menjelaska­n perkara lain yang perlu diperhalus­i adalah mengenai fasal yang boleh dimanipula­si untuk kepentinga­n politik.

“Fasal lain adalah yang berkaitan (tangkapan) melakukan sesuatu yang dianggap mensabotaj ekonomi dan lain-lain seperti kes Maria Chin Abdullah dan Matthias Chang yang didapati dibuat atas keputusan politik.

“Kita nak elakkan perkara itu timbul. Jadi, ada cadangan supaya bahagian itu juga kita pinda atau ditiadakan,” katanya.

Kementeria­n Dalam Negeri, kata Muhyiddin, masih membuka ruang kepada mana-mana pihak yang mahu memberikan pandangan berhubung pindaan SOSMA, sebelum membentang­kan usul pindaan kepada Kabinet dan Parlimen.

Satu perkara adalah berkenaan tempoh reman. Akta peruntukan 28 hari (maksimum), namun ramai kata itu terlalu lama dan perlu disingkatk­an.

 ??  ?? Muhyiddin Yassin,
Muhyiddin Yassin,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia