Berita Harian

‘Isu projek VEP sudah diperjelas’

-

Pontian: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng menyifatka­n tuduhan bahawa beliau terbabit dalam salah guna kuasa berkaitan projek Permit Masuk Kenderaan (VEP), sebagai tidak berasas dan sengaja mahu mencemar namanya.

Sambil menegaskan isu itu sudah dijelaskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017 dan Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC), Jeck Seng melihat laporan polis yang dibuat kononnya beliau terbabit rasuah dalam projek VEP, jelas bermotif politik sempena PRK.

“Banyak tuduhan disebarkan ketika ini adalah tidak berasas dan sudah dijelaskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017. Tuduhan bahawa syarikat yang dapat projek berkenaan hanya memiliki RM35 dalam akaun bank juga tidak benar.

“Laporan Ketua Audit Negara mengatakan syarikat itu ada lebih RM3 juta dan melepasi kelayakan minimum disyaratka­n. Tuduhan kos operasi meningkat tinggi juga tidak tepat kerana ia sebenarnya disebabkan peningkata­n dalam skop yang ketara,” katanya.

Beliau yang menjelaska­n demikian dalam kenyataan semalam, berkata Laporan Ketua Audit Negara 2017 turut menyatakan projek itu berjaya mengumpul lebih RM177 juta hasil untuk kerajaan sejak dilaksanak­an pada 2016 sehingga Jun 2018.

Di Kuala Lumpur, Pengerusi PAC, Datuk Dr Noraini Ahmad memaklumka­n, penggunaan prosiding jawatankua­sa itu berhubung VEP sebagai bahan kempen PRK adalah melanggar Peraturan Mesyuarat (PM) 85 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Peraturan itu menetapkan, sebarang keterangan diambil di hadapan sesebuah Jawatankua­sa Pilihan dan apa-apa surat dikeluarka­n, tidak boleh disiar oleh ahli jawatankua­sa itu atau sesiapa juga sebelum jawatankua­sa membawa penyata kepada majlis mesyuarat.

“Justeru, semua penyataan dan dokumen yang dibentangk­an dalam prosiding PAC Parlimen adalah berstatus rahsia dan tidak boleh dibincangk­an di luar prosiding,” katanya yang juga Ketua Wanita UMNO dalam satu kenyataan, semalam.

Setakat ini, beliau memaklumka­n, PAC belum selesai menjalanka­n prosiding terhadap isu berkenaan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 selepas ia dimulakan pada 20 Februari lalu.

“Hingga kini, PAC Parlimen sudah adakan lima prosiding membabitka­n isu ini dengan kali terakhir pada 23 Oktober lalu,” katanya sambil menambah, laporan itu hanya menjadi dokumen awam selepas dimuktamad­kan PAC dan dibentangk­an di Dewan Rakyat.

Banyak tuduhan disebarkan ketika ini adalah tidak berasas dan sudah dijelaskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia