Berita Harian

Penduduk bimbang jalan utama mendap, rosak

Laluan tiada lampu bahayakan pemandu kereta, penunggang motosikal

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@bh.com.my

Pontian: Kira-kira 300 penduduk, terutama pengguna Jalan Peradin-belokok di sini, bimbang dengan keadaan laluan utama itu yang semakin mendap dan rosak.

Apa yang merisaukan mereka adalah keadaan laluan yang ‘uzur’ dan tidak dilengkapi lampu jalan itu boleh membahayak­an nyawa, terutama penunggang motosikal yang menjadi kenderaan utama penduduk beberapa penempatan di situ.

Antara kampung terletak di laluan Peradin-belokok, termasuk Parit Jerman, Kampung Haji Ashari, Kampung Tengah Satu, Parit Dukacita, Parit Karang dan Parit Saien.

Tinjauan BH mendapati selain keadaan jalan yang beralun, banyak rekahan akibat mendapan tanah turut dapat dilihat dengan jelas di sepanjang laluan dua lorong berkenaan.

Ia menyebabka­n rata-rata pengguna terpaksa memandu kereta atau menunggang motosikal dengan perlahan bagi mengelak kenderaan mereka ‘melambung’ atau bergesel dengan tar yang mendap.

Pekerja swasta, Mohd Muzamir

Bahar, 43, berkata hampir setiap hari dia menggunaka­n laluan itu untuk berulang-alik dari rumah di Pekan Nanas ke tempat kerja di Tanjung Bin.

“Keadaan laluan macam ini sudah lama, dalam tiga hingga empat tahun sekarang. Kalau kita tengok, ia memang makin teruk dan membahayak­an orang ramai.

“Pemandu kereta mungkin tidak terkesan sangat, tetapi penunggang motosikal memang paling takut, lagi-lagi pada waktu malam. Kalau boleh elak, memang kami elak guna jalan ini,” katanya ketika ditemui.

Penduduk Kampung Tengah

Dua yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail, mendakwa banyak aduan sudah dikemukaka­n kepada pihak berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), namun sehingga kini belum ada sebarang tindakan.

“Aduan memang banyak buat, tetapi sekadar aduan sahajalah. Tindakan atau baik pulih memang tiada langsung. Memanglah jarang kemalangan sebab pengguna akan pandu kereta atau menunggang motosikal dengan perlahan kerana keadaan jalan yang teruk.

“Namun, janganlah pula sampai berlaku kemalangan maut, baru ada tindakan,” katanya.

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Jalan Peradin-belokok yang rosak dan beralun motosikal. boleh mengundang bahaya, terutama kepada penunggang
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Jalan Peradin-belokok yang rosak dan beralun motosikal. boleh mengundang bahaya, terutama kepada penunggang
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia