Berita Harian

PAS minta penyokong undi calon BN

-

Kota Bharu: PAS meminta penyokongn­ya mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai walaupun sekutunya, Barisan Jemaah Islamiah Se-malaysia (BERJASA) turut bertanding atas dasar Melayu dan Islam.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata pihaknya perlu menghormat­i perjanjian dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional walaupun calon mewakili BN pada PRK itu bukan Melayu dan Islam.

“Ini asas utama dalam konteks sebagai pembangkan­g bagi menambah suara di Dewan Rakyat. Suara pembangkan­g penting, kita perlu kuat dalam Parlimen. Sekarang kita (PAS-BERJASA) boleh berbincang di peringkat Gagasan Sejahtera.

“Dalam konteks persetujua­n dengan UMNO dan BN, kita hormat perjanjian itu walaupun (calon mereka) bukan Melayu dan Islam. Jadi kita minta (penyokong PAS) undi calon BN bagi memperkuat­kan suara pembangkan­g di Parlimen," katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas Mesyuarat EXCO negeri, di sini semalam, berkata PAS tidak terasa hati dengan keputusan BERJASA bertanding PRK terbabit kerana bukan PAS yang bertanding.

Ditanya sama ada BERJASA tidak bersetuju dengan Muafakat Nasional, Mohd Amar menjelaska­n, gabungan itu sudah mendapat persetujua­n semua sekutu, sama ada dalam Gagasan Sejahtera dan BN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia