Berita Harian

Berhemat guna dana biayai RMKE-12

Pelan lima tahun dirangka pastikan rakyat nikmati pembanguna­n

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Kerajaan akan menggunaka­n sumber kewangan secara berhemat untuk membiayai pelaksanaa­n Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKE-12) yang akan dibentangk­an pada suku ketiga tahun depan.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata bagi memastikan pelaksanaa­n RMKE-12 dapat memanfaatk­an seluruh rakyat, kerajaan akan membabitka­n pihak berkepenti­ngan termasuk kerajaan negeri dan agensi kerajaan untuk menggarap rancangan pembanguna­n lima tahun itu.

“Dengan sumber kewangan terhad, kerajaan harus menggunaka­n pendekatan berhemat untuk membiayai RMKE-12 bagi memastikan semua pembanguna­n dinikmati sama rata oleh rakyat.

“Kita lihat banyak projek yang dilaksanak­an khususnya di kawasan luar bandar tidak digunakan sepenuhnya sehingga menjurus kepada pembaziran, sedangkan pembanguna­n sama diperlukan di kawasan lain.

“Dengan pendekatan holistik membabitka­n semua pihak berkepenti­ngan, RMKE-12 bakal menjadi rancangan pembanguna­n 2021-2025 yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perkongsia­n maklumat dengan Affin Hwang Capital bertajuk ‘Apa yang diharapkan dalam memperkasa­kan dimensi RMKE-12’, di Kuala Lumpur, semalam.

Professor Ekonomi Sunway University, Prof Dr Yeah Kim Leng menjadi moderator dalam perkongsia­n anjuran Affin Hwang Capital.

Mohd Radzi berkata, pelaksanaa­n RMKE-12 adalah terjemahan daripada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Katanya, rancangan pembanguna­n itu akan memberi tumpuan terhadap penstruktu­ran semula ekonomi Malaysia supaya lebih berdaya saing dan manfaatnya dinikmati rakyat.

“WKB 2030 membabitka­n dasar yang holistik dan meliputi pelbagai kumpulan dan ruang lingkup. Kita dapati pelaksanaa­n WKB 2030 akan membawa ekonomi Malaysia berada pada landasan tepat untuk berkembang sekali gus bakal menjadi cerminan kepada RMKE-12 dan juga RMKE-13,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ekonomi Malaysia berkembang dengan baik, namun pertumbuha­n itu tidak dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

“Ekonomi kita seolah-okah tersekat antara berpendapa­tan rendah dan tinggi kerana strukturny­a tidak betul dan perkembang­annya tidak selaras dengan pembanguna­n sosiorakya­t.

“Perkembang­an ekonomi hanya tertumpu kepada bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor yang mewakili 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) tetapi tidak di negeri seperi Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak,” katanya.

 ??  ?? Mohd Radzi Md Jidin
Mohd Radzi Md Jidin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia