Berita Harian

PKNS, EEC bangunkan projek ekopelanco­ngan

Kerjasama strategik berskala besar di Bernam Jaya

-

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan syarikat Eastern Ecotourism City Sdn Bhd (EEC) memeterai perjanjian kerjasama bagi membangunk­an tanah di Bernam Jaya, Hulu Selangor dalam tempoh tujuh tahun.

Perjanjian itu ditandatan­gani Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain dan Presiden EEC, Datuk Dr Li Wei.

Ia disaksikan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Mohd Azizi berkata, kerjasama strategik berskala besar yang dijangka dimulakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi di atas tanah seluas 1,371 hektar dari

Laman 2 hingga 7 itu membabitka­n anggaran kos RM4 bilion.

Katanya, projek pembanguna­n berteraska­n ekopelanco­ngan itu meliputi komponen seperti konsep bandar bertema, hospitalit­i, perubatan dan perniagaan, selain memuatkan taman tema kelas antarabang­sa dan ‘ski-slop’' bertaraf olimpik.

“Kita akan tubuhkan satu syarikat, iaitu syarikat tujuan khas (SPV) yang mana PKNS adalah pemegang saham 50 peratus dan syarikat itu yang akan menentukan komponen mana akan dibangunka­n terlebih dahulu.

“Sudah pasti kita akan membangunk­an komponen yang mampu menarik pelanggan dari seluruh dunia seperti taman tema supaya lebih ramai rakyat datang melancong ke Selangor,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan di Shah Alam, semalam.

Pada majlis sama, PKNS turut menerima replika cek pembayaran daripada EEC berjumlah RM164 juta sebagai bayaran pertama bagi projek pembanguna­n itu.

Mohd Azizi berkata, projek pembanguna­n dilaksanak­an di Bernam Jaya itu bakal menjadi pemangkin kepada aktiviti ekonomi kawasan sekitar, selain mewujudkan lebih 50,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor pada setiap peringkat.

“Bukan itu sahaja, EEC juga membeli 448 unit hartanah PKNS terdiri daripada 154 unit lot kedai manakala bakinya adalah rumah kediaman,” katanya.

Beliau turut menyifatka­n projek pembanguna­n berkenaan berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran 17 juta pelancong mengunjung­i Selangor menjelang 2030 selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memperkasa kluster pelanconga­n khususnya di kawasan Bernam Jaya.

Projek di Bernam Jaya itu bakal menjadi pemangkin kepada aktiviti ekonomi kawasan sekitar, selain mewujudkan lebih 50,000 peluang kerja.

BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia