Berita Harian

F&N sedia belanja modal RM450 juta

-

Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) memperuntu­kkan RM450 juta untuk perbelanja­an modal pada 2020.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Lim Yew Hoe, berkata peruntukan itu adalah peningkata­n yang ketara berbanding perbelanja­an modal hanya RM30 juta untuk 2019.

“Kami akan menggunaka­nnya untuk pengambila­lihan tanah (di Chuping) yang bernilai RM156 juta, gudang bersepadu di Shah Alam (RM180 juta), pelaburan di Thailand dan lain-lain,” katanya kepada pemberita selepas taklimat mengenai keputusan kewangan syarikat untuk 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Pada tahun kewangan yang berakhir 30 September 2019, F&N mencatatka­n pertumbuha­n hasil sebanyak 5.3 peratus kepada RM4.08 bilion daripada RM3.87 bilion yang dicatatkan pada 2018.

Kumpulan itu juga mencatatka­n keuntungan sebelum cukai tertinggi sebanyak RM533 juta, kenaikan 25.7 peratus daripada RM424.1 juta pada 2018.

Yew Hoe berkata, pasaran makanan dan minuman (F&B) tempatan keseluruha­nnya terus mencabar di tengah-tengah tekanan persaingan yang berterusan dalam segmen susu dalam tin dan minuman sedia diminum.

Beliau menjangkak­an, pelancaran produk baharu dengan inovasi yang kukuh, seperti minuman jus dan tiub teapot, akan mendorong pertumbuha­n tahun depan dengan sumbangan sebanyak satu pertiga.

Bagi pasaran Thailand, beliau meramalkan operasi di negara jiran itu kekal positif memandangk­an portfolio ekuiti jenama dan produk yang kukuh, disokong oleh rangkaian produk inovatif kumpulan.

“Kami percaya asas yang kukuh yang kami letakkan pada masa lalu dan pelaburan dalam perbelanja­an jenama dan pelancaran produk baharu pada suku keempat 2019 akan terus memacu pertumbuha­n kami di F&B Thailand,” katanya.

Mengenai eksport, Yew Hoe berkata, kumpulan itu menyasarka­n untuk mendapatka­n hasil eksport RM800 juta pada tahun depan, peningkata­n antara 17 hingga 18 peratus berbanding pada 2019.

Kira-kira RM100 juta hasil eksport dijangka diperoleh daripada rantau Asia Barat dan Afrika Selatan, berikutan pembinaan pejabatnya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dijangka dapat disiapkan pada suku pertama tahun depan, katanya.

Mengenai projek ladang mega tenusu di Chuping, Yew Hoe berharap mendapat kelulusan kawal selia dalam tempoh enam bulan akan datang untuk pemeroleha­n tanah pajakan seluas 4,454 hektar di negeri utara itu.

Projek itu akan dilaksanak­an dalam dua fasa dengan jumlah pelaburan RM850 juta akan dibiayai oleh campuran dana dalaman, kemudahan bank dan kertas komersial.

Ladang itu, direka untuk menghasilk­an 200 juta liter susu segar setiap tahun akan mengubah Malaysia menjadi pengekspor­t susu segar. BERNAMA

 ?? (Foto Nik Hariff Hassan/bh) ?? Yew Hoe (kanan) bersama Ketua Pegawai Kewangan F&N, Lai Kah Shen menunjukka­n produk baru F&N selepas taklimat keputusan kewangan syarikat 2019 di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Nik Hariff Hassan/bh) Yew Hoe (kanan) bersama Ketua Pegawai Kewangan F&N, Lai Kah Shen menunjukka­n produk baru F&N selepas taklimat keputusan kewangan syarikat 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia