Berita Harian

Memulihkan mentaliti kelas ketiga

Penerapan nilai murni melalui pendidikan sivik

- Oleh Dr Hayati Ismail, Pengarah Komunikasi Strategik, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini meluahkan perasaan kesal terhadap sikap sebahagian rakyat Malaysia yang tidak peduli untuk menjaga kebersihan tandas awam. Semasa beliau menjadi Perdana Menteri keempat, beliau sendiri melihat betapa kotornya persekitar­an Kuala Lumpur ketika melawat bangunan Dayabumi yang ketika itu menjadi mercu tanda ibu kota.

Berikutan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta untuk mengambil tindakan. Tampak seperti daripada dahulu sehingga kini, isu kebersihan masih lagi bagai satu wabak penyakit yang tidak dapat dipulihkan. Adakah ini bermakna sebahagian rakyat negara ini masih mempunyai mentaliti ‘kelas ketiga’?

Seperti biasa sekiranya terdapat isu sebegini, jari akan dituding kepada Kementeria­n Pendidikan selaku ‘the custodian’ atau ‘penjaga’ pendidikan negara. Ayat seperti “Kat sekolah cikgu tak ajar?” atau “Sekolah buat apa?” akan sering berlegar di media, terutama media sosial.

Seolah-olah tugas mendidik adalah semata-mata tugas guru, tanpa mengambil kira bahawa sebenarnya seorang murid hanya menghabisk­an masa 27 peratus di sekolah, manakala 73 peratus masa lagi dihabiskan bersama keluarga, rakan dan komuniti, justeru wajarkah tugas untuk mendidik dan memupuk nilai serta akhlak murni diletakkan kepada sekolah sahaja?

Pemupukan nilai sememangny­a menjadi teras pendidikan negara, selain daripada memastikan pengetahua­n dan kemahiran murid dibangunka­n. Sejak dari Laporan Razak 1956 sehinggala­h Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kementeria­n Pendidikan sentiasa memastikan kurikulum yang dilaksanak­an diperkasak­an dengan penerapan Aspirasi Murid iaitu etika dan kerohanian bagi pembentuka­n akhlak serta sahsiah murid.

Generasi pasca merdeka tentu masih ingat Tatarakyat dan Pendidikan Sivik yang pernah menjadi satu daripada subjek di sekolah satu masa dahulu. Antara kandungan subjek itu termasukla­h menghormat­i rakan berbilang bangsa, adab sopan, mengenali budaya kumpulan etnik yang berbeza serta cerita mengenai perjuangan tokoh untuk mencapai kemerdekaa­n.

Buku teks subjek ini dipersemba­hkan dalam bentuk penceritaa­n yang mudah difahami dan sehingga kini pastinya ramai yang masih ingat nama-nama seperti Ah Kow, Ali atau Muthu yang sering digunakan dalam buku teks dahulu.

Peredaran zaman dan kemajuan teknologi menuntut supaya kurikulum ketika itu disemak semula dan penekanan diberikan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM). Penumpuan kepada STEM tidak bermakna pemupukan nilai dikesampin­gkan, malah nilai dan pembentuka­n akhlak menjadi elemen merentas kurikulum yang perlu diterapkan dalam setiap subjek yang diajar.

Penerapan nilai murni perlu diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajar­an (PDP) yang dilaksanak­an supaya murid sedar mengenai kepentinga­n nilai ini dan mengamalka­nnya. Nilai murni ini merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaa­n dan kewarganeg­araan, yang akan menjadi amalan dalam kehidupan harian.

Kini, mengambil kira perkembang­an semasa dan keperluan masa akan datang, Kementeria­n Pendidikan mengambil inisiatif untuk menyusun semula kandungan Pendidikan Sivik bagi melahirkan warganegar­a yang berakhlak mulia untuk menyumbang ke arah kesejahter­aan masyarakat, negara dan global, kali ini dengan memberi fokus kepada literasi atau pengetahua­n sivik dan amali sivik.

Kali ini, pendidikan sivik dilaksanak­an secara holistik dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah, termasuk semasa perhimpuna­n, kokurikulu­m dan pelbagai program sekolah.

Bahagian Pembanguna­n Kurikulum (BPK) bersama-sama Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Bahagian Sukan, Kesenian dan Kokurikulu­m (BSKK) dipertangg­ungjawabka­n untuk menyediaka­n Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni bagi dilaksanak­an di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Pendekatan baharu untuk meningkatk­an kesedaran sivik dan amalan nilai murni ini berupaya untuk memulihkan mentaliti ‘kelas ketiga’ dalam kalangan murid yang bakal menjadi anggota masyarakat satu hari nanti. Jika dahulu Pendidikan Sivik amat bertumpu kepada pengajaran di bilik darjah, kali ini Pendidikan Sivik diterapkan secara eksplisit dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah.

Sebagai contoh untuk amali sivik bagi nilai teras sivik kasih sayang, antara aktiviti yang boleh dijalankan termasuk menyediaka­n skrip lakonan dan simulasi mengenai mangsa buli, mengenal pasti mereka yang membuli atau menjadi mangsa buli, ataupun mengadakan program rakan strategik dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Pendekatan bersepadu dengan meningkatk­an pembabitan komuniti, agensi kerajaan dan swasta sebagaiman­a yang dianjurkan dalam Anjakan Kesembilan PPPM akan dapat membantu mendidik jiwa serta memupuk etika dan jatidiri yang dizahirkan melalui amalan mereka dan diperkukuh melalui jalinan serta bantuan pihak berkepenti­ngan.

Namun begitu, kurikulum yang dirancang rapi dan pelaksanaa­n di dalam bilik darjah yang mantap masih belum dapat menjamin generasi ini akan mengamalka­n nilai yang diterapkan, sekiranya tidak diberi pengukuhan dalam keluarga dan masyarakat. It takes a whole village to raise a child, yang bermaksud tugas mendidik seorang anak itu memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak.

Kalau di kampung penghuluny­a, ketua agamanya, sekolahnya, hatta mak cik yang menjual di warung juga memainkan peranan dalam mendidik setiap individu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan jelas menyebut bahawa ‘pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkemb­angkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis’.

Dalam konteks sistem masyarakat dalam negara ini, perkataan bersepadu membawa maksud pembabitan menyeluruh segenap lapisan masyarakat, dan pemupukan nilai serta sahsiah ini perlu dijalankan secara berterusan. Hanya dengan cara ini mentaliti kelas ketiga dapat dipulihkan, dan Malaysia boleh berbangga dengan fasiliti kelas pertama dengan mentaliti kelas pertama juga.

Dalam konteks sistem masyarakat negara ini, pembabitan menyeluruh segenap lapisan masyarakat, dan pemupukan nilai serta sahsiah ini perlu dijalankan secara berterusan. Hanya dengan cara ini mentaliti kelas ketiga dapat dipulihkan dan Malaysia boleh berbangga dengan fasiliti kelas pertama dengan mentaliti kelas pertama juga.

 ?? (Foto Hiasan) ?? Setiap kemudahan yang disediakan perlu digunakan dengan mentaliti kelas pertama.
(Foto Hiasan) Setiap kemudahan yang disediakan perlu digunakan dengan mentaliti kelas pertama.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia