Berita Harian

UKM terus gah di persada antarabang­sa

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com.my

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) buat julung kalinya memperkena­lkan Anugerah Emas Kedoktoran sejajar dengan kedudukann­ya sebagai sebuah universiti penyelidik­an terulung dalam negara bersempena dengan Majlis Konvokesye­n UKM ke-47 di sini, baru-baru ini.

Naib Canselorny­a, Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abdul Shukor, berkata anugerah itu adalah sebagai pengiktira­fan atas kecemerlan­gan graduan Doktor Falsafah, selain Anugerah Pelajaran Diraja, Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Tun Razak.

Beliau berkata, UKM berada di kedudukan ke-160 dalam QS World University Rankings dan tempat ke-41 dalam QS Asia University Rankings, justeru meletakkan UKM dalam kelompok satu peratus universiti terbaik di seluruh dunia.

Katanya, penarafan ini me ngangkat UKM di persada antarabang­sa dan meletakkan Malaysia sebagai negara pilihan untuk melanjutka­n pengajian.

“Selain itu, ia juga meningkatk­an keyakinan universiti tersohor dan industri untuk berkolabor­asi dalam penyelidik­an dan aktiviti kesarjanaa­n. Hasilnya kualiti, perkembang­an ilmu pengetahua­n, kepakaran, penyelidik­an dan inovasi dapati dipertingk­atkan.

“Sehubungan itu, UKM pada tahun ini, melancarka­n Pelan Strategik 2019-2021 yang dinamakan Mahligai Kualiti bagi melonjakka­n kebitaraan UKM dipersada lokal dan global,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesye­n UKM Ke-47 yang berlangsun­g di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM, di sini.

Majlis perasmian Konvokesye­n UKM Ke-47 yang berlangsun­g selama empat hari itu sempurnaka­n Yang di-pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang juga Canselor UKM.

Yang turut hadir Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tunku Besar Mahmud; Tunku Pro Canselor, Datuk Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Pro Canselor UKM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Seramai 7,655 graduan diraikan pada majlis konvokesye­n kali ini dan daripada jumlah itu, Ijazah Doktor Falsafah (531); Ijazah Sarjana (2,551); Sarjana Kepakaran Perubatan (235); Sarjana Kepakaran Pergigian (dua); Sarjana Kepakaran Perubatan Lanjutan Dematologi (lapan); Sarjana

Muda (4,208); Diploma Pascasiswa­zah (101) dan Diploma (19).

UKM turut menganuger­ahkan Ijazah Kehormat kepada Profesor, Michael Lavelle-jones (Ijazah Kehormat Doktor Sains Perubatan) dan Tuan Yang Terutama Ban Ki-moon (Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Keamanan dan Pembanguna­n Mapan).

Selain itu, empat bekas ahli akademik UKM yang banyak menabur bakti kepada universiti turut dianugerah­kan Profesor Emeritus, iaitu Dr Muhammad Mat Salleh (Organik Elektronik); Dr Bohari Yamin (Kimia); Dr Tham Siew Yin (Ekonomi) dan Datuk Dr Lokman Saim (Otologior/ent).

Buat kali pertamanya juga, UKM memperkena­lkan Anugerah Emas Sarjana yang disandang Nurhafizah Abdul Musid dari Fakulti Pendidikan dan graduan Sarjana Sains, Javad Safaei dari Institut Penyelidik­an Tenaga Suria (SERI).

 ?? (Foto Saifulizan Tamadi /BH) ?? Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani diiringi Prof Mohd Hamdi (tengah) beramah mesra dengan Farahana dan Nalina pada Majlis Konvokesye­n UKM ke-47.
(Foto Saifulizan Tamadi /BH) Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani diiringi Prof Mohd Hamdi (tengah) beramah mesra dengan Farahana dan Nalina pada Majlis Konvokesye­n UKM ke-47.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia