Berita Harian

Rai kejayaan terima anugerah bersama anak

-

Bangi: Biarpun mengambil masa selama tujuh tahun untuk menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dalam jurusan Pentadbira­n Perniagaan, tidak sesekali mematahkan semangat Dr Zulkafli Amat, 57, untuk bergelar graduan pada Majlis Konvokesye­n Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke47, di sini baru-baru ini.

Lebih manis, kejayaan itu turut diraikan bersama-sama anak ketiganya, Nazatul Husna, 25, yang juga tamat pengajian dalam bidang sama.

Zulkafli ketika ditemui berkata, tempoh tujuh tahun untuk menamatkan pengajian bukanlah mudah memandangk­an ia diikuti secara separuh masa namun beliau bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar sambil bekerja di tempat beliau berkhidmat.

“Walaupun sibuk dengan tugasan hakiki, semangat untuk menghabisk­an pengajian amat tinggi apatah lagi didorong ahli keluarga dan kata-kata positif rakan sekerja yang banyak membantu saya untuk terus berjaya.

“Sewaktu mengikuti pengajian, ada kalanya saya tidak dapat menemani isteri ke majlis perkahwina­n atau berjalan-jalan pada cuti hujung minggu dan ia adalah pengorbana­n keluarga yang tidak ternilai kerana mereka cukup memahami situasi saya,” katanya.

Selain Zulkafli, turut meraikan kejayaan adalah penerima Anugerah Emas Kedoktoran, Dr Kassim Bahali, 68, yang berkongsi kegembiraa­n bersamasam­a anaknya, Siti Nur Mardhiah,

25, graduan Ijazah Sarjana Muda Keusahawan­an dan Inovasi.

Kassim berkata, antara kenangan yang tidak dapat dilupakan dan paling mencabar apabila berdepan dengan saat getir ketika isteri dan anaknya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada tahun berlainan sewaktu menyiapkan tesis.

“Isteri dan anak saya pernah menerima rawatan di ICU. Walaupun bukan dalam tempoh sama, tetapi saya masih ingat situasi dan perasaan waktu itu yang memikirkan masa depan anak saya (Siti Nur Mardhiah) yang masih dalam pengajiann­ya.

“Namun, syukur alhamdulil­lah, bukan sekadar anugerah emas saya peroleh menjadi kebanggaan tetapi kenangan dapat meraikan bersama-sama anak yang turut menerima ijazahnya menjadi momen yang saya tidak dapat lupakan sampai bila-bila,” katanya.

 ??  ?? Dr Zulkafli menamatkan pengajian bersama anaknya Nazatul Husna pada majlis Konvokesye­n UKM ke-47.
Dr Zulkafli menamatkan pengajian bersama anaknya Nazatul Husna pada majlis Konvokesye­n UKM ke-47.
 ??  ?? Dr Kassim menamatkan pengajian bersama anaknya Siti Nur Mardhiah pada majlis Konvokesye­n UKM ke-47.
Dr Kassim menamatkan pengajian bersama anaknya Siti Nur Mardhiah pada majlis Konvokesye­n UKM ke-47.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia