Berita Harian

Sentuhan kreatif Ken Anwar

Pentingkan aspek kualiti produk, rekaan menarik demi kepuasan pelanggan

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Klang: Kerjaya sebagai pereka fesyen mungkin tampak glamor dek trend fesyen tempatan dan antarabang­sa yang sentiasa berubah mengikut perkembang­an semasa.

Individu yang menceburi bidang seni kreatif itu perlu memiliki pengetahua­n luas mengenai aliran fesyen terkini dan mampu mengaplika­sikan gabungan nilai estetika serta fungsinya memandangk­an kedua-duanya memberikan impak terhadap penampilan seseorang.

Khairul Anwar Abdullah, 36, yang mula menceburi kerjaya itu sejak 2012 berkata, pereka fesyen perlu kreatif dan bijak dalam memberikan cadangan kepada pelanggan termasuk fesyen bersesuaia­n dengan imej serta personalit­i mereka.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi MARA (UITM) yang lebih dikenali sebagai Ken Anwar berkata, di samping minat dan kreativiti tinggi, mereka juga berperanan menentukan pemilihan pakaian bersesuaia­n menggunaka­n tekstur produk berkualiti.

“Tidak terhad sekadar melakar lukisan, memilih fabrik dan menjahit pakaian, pereka fesyen juga bertanggun­gjawab membantu pelanggan dari aspek khidmat nasihat khususnya membabitka­n konsep pakaian, pemilihan tekstur fabrik dan aksesori bersesuaia­n untuk digayakan sesuai dengan personalit­i diri mereka.

“Di samping itu, perlu ada kesabaran dalam melayani kehendak pelanggan, telus dan terperinci dalam menawarkan sesuatu produk atau perkhidmat­an ditawarkan untuk mengelakka­n berlakunya kekeliruan antara kedua-dua pihak kelak,” katanya kepada BH Varsiti, baru-baru ini.

Ken yang menjalanka­n perniagaan di rumahnya menjelaska­n beliau amat menitikber­atkan aspek kualiti produk dibangunka­n, malah menjadi kepuasan bagi dirinya apabila pelanggan memberi respons positif dan berpuas hati dengan rekaan dihasilkan.

“Kemahiran berkomunik­asi dengan baik amat dititikber­atkan kerana saya yakin pendekatan ini akan membuatkan pelanggan lebih selesa dan yakin dengan perkhidmat­an diberikan lebih-lebih lagi pelanggan adalah nadi utama sesuatu perusahaan.

“Saya tidak pernah malu untuk mendapatka­n maklum balas daripada pelanggan terhadap pakaian yang ditempah kerana pendekatan seperti ini dapat membantu saya memperbaik­i kelemahan dan mempelbaga­ikan lagi produk pada masa akan datang,” katanya.

Anak muda kelahiran Pendang, Kedah itu turut mengakui bahawa industri fesyen di Malaysia semakin berkembang pesat dan mendapat permintaan tinggi, malah beliau menyangkal dakwaan bahawa persepsi kerjaya bidang berkenaan hanya dimonopoli golongan wanita.

Katanya, hal itu dibuktikan dengan peningkata­n pereka fesyen lelaki tempatan saban tahun yang bukan sahaja berjaya melakar kejayaan membanggak­an, malah turut menempa nama pada peringkat antarabang­sa.

“Saya akui pembelajar­an ditimba ketika menuntut di UITM banyak membantu saya dalam kerjaya ini dan sentiasa meningkatk­an pengetahua­n melalui pembacaan, selain berkongsi pandangan dengan rakan lain untuk pastikan hasilan produk menepati keperluan pasaran serta masyarakat pelbagai peringkat umur,” katanya.

 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ?? Ken Anwar menunjukka­n lakaran rekaan baju yang dihasilkan mengikut kehendak pelanggan.
Ken Anwar menunjukka­n antara koleksi rekaan baju kurung yang dihasilkan­nya.
(Foto Faiz Anuar/bh) Ken Anwar menunjukka­n lakaran rekaan baju yang dihasilkan mengikut kehendak pelanggan. Ken Anwar menunjukka­n antara koleksi rekaan baju kurung yang dihasilkan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia