Berita Harian

Aktif sebagai sukarelawa­n

Bermula jaga kebajikan rakan sefakulti, kini beralih ke antarabang­sa

- Oleh Oleh Nor Azma Laila norazma@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sikap tidak betah duduk diam menyebabka­n pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Muhamad Ikmal Firdaus Mustafa, menceburi bidang kesukarela­wanan dan kepimpinan sejak menyambung pengajian peringkat diploma pada 2016.

Siapa sangka, penyertaan yang sekadar ingin mengisi masa lapang itu akhirnya memberi peluang kepada pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) berkenaan untuk menyertai pelbagai misi kesukarela­wanan di dalam dan luar negara.

Berkongsi mengenai detik awal pembabitan dalam bidang kepimpinan dan sukarelawa­n, Muhamad Ikmal Firdaus berkata, beliau mula berpersatu­an di UNISZA kerana ingin membantu menjaga kebajikan serta kesejahter­aan mahasiswa khususnya di fakultinya sendiri.

“Selepas tamat tempoh memegang portfolio Exco Sukan dan

Kebudayaan dalam Persatuan Mahasiswa Syariah dan Pentadbira­n Islam UNISZA (PERISYA), saya bercadang berehat daripada dunia persatuan.

“Bagaimanap­un,sayamendap­at tahu pula mengenai Pertu-buhan Sukarelawa­n Siswa UNISZA (PERSIS) yang misi utama penubuhann­ya untuk melahirkan pemimpin kesukarela­wanan, sekali gus menarik minat saya untuk menyertain­ya sehingga membawa kepada pembabitan aktif dalam aktiviti kesukarela­wanan pada hari ini,” katanya.

Sepanjang bergiat aktif dalam bidang kepimpinan dan sukarelawa­n itu, anak kedua daripada tiga beradik itu dilantik sebagai Naib Presiden II PERSIS UNISZA 2018/19, menjadi fasilitato­r Minggu Mesra Siswa UNISZA 2019, urus setia Pidato Antarabang­sa Bahasa Melayu 2019 dan penerima Anugerah Tokoh Sukarelawa­n Siswa bagi PERISYA UNISZA.

Beliau juga berpeluang menyertai Misi Kesukarela­wanan dan Kemanusiaa­n di Medan, Indonesia pada 2018 anjuran PERSIS UNISZA, menjadi peserta delegasi Pertukaran Belia Antarabang­sa Malaysia-korea 2019 anjuran Kementeria­n Belia dan Sukan serta menyertai Misi Yayasan Sukarelawa­n Siswa Malaysia (YSS)-ASEAN ke Vietnam 2019 di bawah kelolaan Kementeria­n Pendidikan.

Anak kelahiran Sabak Bernam, Selangor itu berkata, sepanjang bergiat aktif dalam bidang kepimpinan dan kesukarela­wanan, beliau juga berdepan pelbagai cabaran termasukla­h mendapat dana dan tajaan untuk menganjurk­an program berkaitan.

“Saya dan rakan-rakan berdepan kesukaran dalam mendapatka­n dana untuk Misi Kemanusiaa­n dan Kesukarela­wanan di Medan, Indonesia, tahun lalu kerana ia memerlukan belanja besar berikutan kami perlu menyampaik­an bantuan kepada masyarakat di sana.

“Di sinilah, kita dapat lihat sejauh mana pelajar itu dapat menggunaka­n sebaik mungkin kemahiran dan jaringan kenalan yang mereka ada untuk mendapatka­n dana bagi menjayakan sesuatu program. Saya bersyukur kerana setiap cabaran yang datang dapat diselesaik­an, malah program berkenaan berjaya dilaksanak­an,” katanya.

Bagi memastikan bidang akademik dan kokurikulu­m berjalan seiring, Muhamad Ikmal Firdaus berkata, beliau mempunyai diari khusus untuk menyusun aktiviti yang perlu diberi keutamaan yang mana akademik sentiasa menjadi pilihan pertama.

 ??  ?? Muhamad Ikmal Firdaus meminati bidang kepimpinan dan sukarelawa­n kerana mahu meningkatk­an kemahiran insaniah serta meluaskan jaringan kenalan.
Muhamad Ikmal Firdaus meminati bidang kepimpinan dan sukarelawa­n kerana mahu meningkatk­an kemahiran insaniah serta meluaskan jaringan kenalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia