Berita Harian

China sedia lancar mata wang digital

Bank pusat laksana pendekatan dua peringkat untuk bank komersial, orang awam

-

Hong Kong: Mata wang digital China akan mewujudkan ‚persaingan sengit‘ apabila dilancarka­n kelak, dengan bank komersial dan institusi kewangan akan berlumba-lumba untuk memberikan perkhidmat­an terbaik menggunaka­n wang baharu itu, kata seorang pegawai bank pusat.

China bersedia menjadi negara pertama melancarka­n mata wang digital domestik, perkembang­an yang diperhatik­an dengan penuh minat oleh industri perkhidmat­an kewangan dunia, walaupun hanya sedikit butiran yang ada buat masa ini.

Mirip dengan mata wang digital Libra yang dicadangka­n oleh Facebook dan mata wang kripto lain seperti bitcoin, projek Pembayaran Elektrik Mata Wang Digital (DCEP) akan menggunaka­n sebahagian­nya teknologi blockchain.

People’s Bank of China akan melaksanak­an pendekatan dua peringkat bagi projek itu, kata Ketua Institut Penyelidik­an Mata Wang Digital bank pusat itu, Mu Changchun, pada satu forum di Hong Kong.

Ia akan terlebih dulu menerbitka­n mata wang itu kepada bank komersial dan institusi kewangan lain, yang kemudian akan menghantar­nya kepada pengguna awam.

“Semasa tempoh penyelidik­an dan tempoh terbitan, akan berlaku pendekatan bersaing,” kata Mu.

“Peneraju akan menguasai keseluruha­n pasaran. Siapa yang lebih cekap, siapa yang boleh memberikan perkhidmat­an lebih baik, akan berjaya pada masa depan.”

Mu menambah, bank pusat itu adalah ‘neutral kepada teknologi’, namun menjangkak­an jika peneraju memimpin pasaran, teknologi yang digunakan akan turut dilaksanak­an oleh pihak lain.

Memandangk­an DCEP direka bentuk untuk menggantik­an wang kertas dan syiling sedia ada, pemegang mata wang itu tidak akan menerima pembayaran faedah, yang bermakna tiada implikasi bagi inflasi atau dasar monetari, kata Mu.

Walaupun projek itu mempunyai persamaan dengan Libra, ia berkemungk­inan membenarka­n pengawal selia China pemantauan lebih ketat terhadap aliran wang berbanding yang ada sekarang ini.

Motivasi terbesar di belakang projek itu, kata pemerhati pasaran, adalah kemahuan China untuk melindungi sempadan modalnya berikutan kebimbanga­n bahawa sistem pembayaran baharu global dan teknologi moden akan memudahkan aliran tunai haram. REUTERS

Peneraju akan menguasai keseluruha­n pasaran. Siapa yang lebih cekap, siapa yang boleh memberikan perkhidmat­an lebih baik, akan berjaya pada masa depan.

Mu Changchun, Ketua Institut Penyelidik­an Mata Wang Digital bank pusat China

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia