Berita Harian

Xerox Holdings pertimbang beli HP AS$27 bilion

-

Bengaluru: Xerox Holdings Corp sedang mempertimb­angkan tawaran berbentuk tunai dan saham untuk membeli pengeluar komputer peribadi, HP Inc pada premium nilai pasaran kira-kira AS$27 bilion, lapor Wall Street Journal.

Lembaga pengarah pengeluar pencetak berpangkal­an di Amerika Syarikat (AS) itu membincang­kan kemungkina­n sedemikian pada Selasa, kata akhbar berkenaan, memetik individu yang rapat dengan perkembang­an terbabit.

Tiada sebarang jaminan bahawa Xerox akan membuat susulan dengan tawaran atau rancangan itu akan berjaya, tambahnya.

Xerox juga sudah menerima komitmen pembiayaan tidak rasmi daripada sebuah bank utama, dikatakan sebagai ‘surat yang begitu yakin’, kata WSJ.

Kedua-dua syarikat berpangkal­an di AS tidak memberikan maklum balas segera kepada permintaan Reuters untuk mendapatka­n kenyataan.

Isnin lalu, Xerox berkata ia akan menjual 25 peratus kepentinga­nnya dalam Fuji Xerox, usaha samanya dengan Fujifilm Holdings, pada harga AS$23 bilion, selepas aktivis pelabur menghalang perjanjian membabitka­n kedua-dua syarikat.

Xerox membatalka­n urus niaga bernilai AS$6.1 bilion untuk bergabung dengan Fujifilm tahun lalu, selepas lobi oleh dua pelabur utamanya, Carl Icahn dan Darwin Deason.

HP berdepan masalah dengan segmen perniagaan pencetakny­a kebelakang­an ini.

REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia