Berita Harian

› GETAH

-

Pasaran getah Malaysia ditutup kebanyakan­nya rendah berikutan petunjuk lebih kukuh daripada pasaran hadapan getah serantau yang ditampung oleh pengukuhan ringgit serta penyusutan harga minyak.

Peniaga berkata, kontrak getah bagi Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) bagi penghantar­an April mencecah paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan sejajar dengan peningkata­n semalaman di pasaran niaga hadapan Shanghai.

Pada 5.03 petang, ringgit berada pada 4.1350 berbanding dolar AS.

Sementara itu, harga minyak mencecah dalam lingkungan AS$62.59 setong, dijejaskan oleh peningkata­n stok minyak mentah Amerika Syarikat (AS) yang lebih besar daripada jangkaan.

Menurut Institut Petroleum Amerika, inventori minyak mentah AS meningkat kepada 4.3 juta tong, hampir tiga kali ganda daripada unjuran penganalis­is kepada 440.5 juta tong pada minggu yang berakhir 1 November.

Pada 12 tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 merosot 0.5 sen kepada 554.0 sen satu kilogram manakala susu getah pukal 1.0 sen lebih tinggi kepada 436.5 sen satu kilogram.

Pada 5 petang, harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 berkuranga­n 5.5 sen satu kilogram, manakala susu getah pukal jatuh 3.0 sen kepada 437 sen satu kilogram. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia