Berita Harian

› RINGGIT

-

Ringgit mengakhiri aliran meningkatn­ya selepas dagangan selama enam hari berturut-turut untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semalam susulan berita positif mengenai perjanjian perdaganga­n As-china yang mengalihka­n minat pelabur daripada mata wang negara sedang pesat membangun termasuk ringgit, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.1350/1380 berbanding dolar AS daripada 4.1290/1320 pada Selasa.

Peniaga berkata, dolar AS mendapat semula momentumny­a berikutan harapan baharu ke atas perjanjian perdaganga­n As-china serta prospek meningkat terhadap ekonomi AS untuk mendorong pelabur kembali kepada mata wang selamat.

Beliau berkata, terdapat harapan bahawa AS dan China boleh bekerjasam­a ke arah merapatkan jurang perbezaan mereka bagi menandatan­gani perjanjian perdaganga­n ‘fasa satu’ seawal bulan ini susulan laporan berita bahawa White House mempertimb­ang untuk memansuhka­n beberapa tarif yang dikenakan ke atas barangan China sebagai konsesi untuk mendapatka­n perjanjian perdaganga­n ‘fasa satu’.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0434/0460 daripada 3.0443/0476 pada Selasa, namun menyusut berbanding yen kepada 3.7946/7984 daripada 3.7929/7960.

Ia jatuh berbanding pound Britain kepada 5.3275/3331 daripada 5.3248/3290, namun meningkat berbanding euro kepada 4.5861/5899 daripada 4.5952/5989.

BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia