Berita Harian

Draf undang-undang baharu jangka dibentang tahun depan

-

Kota Kinabalu: Draf undang-undang baharu bagi menggantik­an Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bertujuan memantapka­n lagi aspek kawalan dan penguatkua­saan ke atas kes pencemaran, dijangka dibentangk­an di Parlimen, tahun depan.

Akta baharu yang dinamakan Akta Perlindung­an Alam Sekitar, mengandung­i dua perkara penting, iaitu perluasan bidang kuasa dengan mengambil kira isu pencemaran semasa dan bahan pencemaran baharu serta aspek kedua, berkaitan peningkata­n hukuman dan denda lebih berat.

Memaklumka­n perkembang­an itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, berkata akta berkenaan juga akan memasukkan semua perimeter pencemaran selain bahan pencemaran baharu yang ketika ini tidak terkandung dalam akta sedia ada, di samping isu semasa berkaitan kepesatan pembanguna­n.

“Jika dulu, kita (JAS) tiada bidang kuasa (dalam perkara tertentu), kali ini (akta baharu) kami ada bidang kuasa dan juga boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah JAS Sabah, Amirul Aripin; Pengarah Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar Sabah (JPAS), Vitalis Moduying dan Penolong Pengarah Kanan (Operasi) JAS Sabah, John Rampai.

Sementara itu, Wan Abdul

Latiff menjelaska­n, kajian terhadap cadangan menempatka­n semula aktiviti perindustr­ian berasaskan bahan berbahaya jauh dari kawasan perumahan dan sekolah, masih dijalankan kumpulan pakar.

Kajian dibuat di sekitar Pasir Gudang, Johor, susulan beberapa kes pencemaran alam sekitar yang menjejaska­n penduduk kawasan terbabit pada pertengaha­n tahun ini.

Katanya, kajian daya tampungan (carrying capacity) yang dijalankan beberapa pakar itu belum dimuktamad­kan.

“JAS, melalui beberapa pakar menjalanka­n kajian terbabit di Pasir Gudang bagi melihat sama ada perlu memindah atau menempatka­n semula, sama ada industri atau sekolah dan institusi yang kini terletak berdekatan satu sama lain.

“Cadangan itu supaya jarak di antara kawasan industri dengan penempatan dan sekolah berada dalam lingkungan yang selamat. Dapatkan kajian akan dibentangk­an kepada kerajaan dan kita akan lihat bagaimana hasilnya nanti,” katanya.

Ditanya sama ada keputusan daripada hasil kajian itu akan dijadikan panduan bagi seluruh negara, Wan Abdul Latiff, berkata setakat ini tumpuan hanya untuk kawasan Pasir Gudang.

“Kajian itu hanya fokus untuk Pasir Gudang kerana ia kawasan industri berat yang sudah wujud sekian lama dan semakin hari semakin dihampiri kawasan perumahan serta institusi seperti sekolah.

“Itu yang kita kena lihat semula supaya ada zon penampan bersesuaia­n antara perumahan dan kawasan industri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia