Berita Harian

Tian Chua layak bertanding

-

Kuala Lumpur: Bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua layak bertanding pada mana-mana pilihan raya dan pilihan raya kecil pada masa akan datang.

Ia berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi semalam, Datuk Seri Marina Yahya, memutuskan Tian Chua tidak pernah hilang kelayakan untuk bertanding.

Marina membuat keputusan itu selepas membenarka­n saman pemula difailkan Tian Chua selaku pemohon terhadap Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) selaku defendan tunggal dalam saman itu.

Mahkamah bersetuju Perkara 48(1)(e) Perlembaga­an Persekutua­n menetapkan hukuman denda RM2,000 tidak akan menjejaska­n hak atau menghilang­kan kelayakann­ya sebagai Ahli Parlimen.

Mahkamah membuat keputusan itu di dalam kamar dan perkara itu kemudian disahkan Peguam Kanan Persekutua­n, Md Azizan Arshad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia