Berita Harian

Syed Saddiq dakwa alami ‘soft tissues injury’

-

Kajang: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memberitah­u Mahkamah Majistret di sini, semalam, beliau mengalami soft tissues injury akibat dicengkam pengendali laman blog, Papagomo dalam kejadian di Semenyih, Februari lalu.

Menceritak­an semula kejadian pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Syed Saddiq dan tiga lagi pegawainya berjalan ke arah kereta dipandunya sendiri dan diletakkan berhampira­n dewan penamaan calon.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, kira-kira jam 11 pagi, jalan dilalui bersama tiga lagi individu, iaitu pengawal peribadiny­a, Sarjan Mohd Amin Bacho; Setiausaha Politiknya, Mohd Aizad Roslan dan Pegawai Khasnya, Ahmad Redzuan Mohamed Syafi, tidak lagi disekat kerana sesi penamaan calon sudah selesai.

“Di seberang jalan ketika itu ada sekumpulan penyokong parti politik lawan seramai 50 hingga 100 orang dan mereka berulang kali mengeluark­an kata-kata kesat seperti ‘babi’, ‘bangsat’ dan ‘hancing’ terhadap kami.

“Bagaimanap­un, kami terus berjalan, tetapi kemudian terdapat sekumpulan daripada mereka mula melintas jalan raya dan mengepung kami. Apabila dikepung, kami rasa cemas, gusar dan takut kerana bilangan mereka lebih ramai berbanding kami,” katanya.

Syed Saddiq berkata, melihatkan tindakan penyokong pihak lawan, pengawal keselamata­nnya yang juga saksi pendakwaan pertama, Sarjan Mohd Amin, terus pergi ke hadapan untuk mempertaha­nkannya.

“Ketika itu, apabila orang di sekeliling melihat ketegangan itu, pihak polis trafik dan sukarelawa­n Unit Amal datang membantu memberi perlindung­an. Mereka membawa saya terus ke kereta.

“Pada mulanya, tiada pihak mencederak­an saya, namun seorang daripada mereka yang dikenali Papagomo, lari dari arah belakang dan menggunaka­n jalan di sebelah kanan, iaitu jalan berparit untuk datang ke sebelah dan terus mencengkam bahu serta leher kiri saya sambil membisik ‘kau bodoh’,” katanya.

Beliau berkata, cengkaman selama tiga hingga ke lima saat di bahu dan lehernya itu menyebabka­n kesakitan dan beliau berasakann­ya sejurus tiba di kediamanny­a.

“Tanpa membazirka­n masa, saya terus membuat laporan polis, selain melakukan pemeriksaa­n serta imbasan X-ray di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan doktor memaklumka­n ada soft tissue injury, berikutan itu saya diberikan suntikan tahan sakit dan dua jenis ubat untuk dimakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaa­n utama oleh

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqra­m Hairuddin, pada hari kedua perbicaraa­n kes dihadapi Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 36, atas dua pertuduhan mengaibkan dan mendatangk­an kecederaan terhadap menteri itu.

Ketika ditanya Hairuliqra­m Hairuddin sekiranya beliau mengenali Wan Muhammad,

Syed Saddiq menjawab ‘Ya’ dan membuat pengecaman di dalam mahkamah terhadap lelaki itu selaku Orang Kena Saman (OKS).

Pada 28 Februari lalu, Wan Muhammad yang juga Exco Pemuda UMNO, didakwa mengaibkan kehormatan Syed Saddiq dengan menyebut ‘kau bodoh’ bagi maksud mengganggu kesantunan­nya di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian pada jam 11.05 pagi, 16 Februari lalu.

Pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, OKS didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan di leher dan bahu Ketua ARMADA itu pada masa, tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Perbicaraa­n di hadapan Majistret Nor Afidah Idris bersambung pada 28 Januari tahun depan.

Cengkaman selama tiga hingga ke lima saat di bahu dan leher menyebabka­n kesakitan dan saya berasakann­ya sejurus tiba di kediaman.

 ?? Aizuddin Saad/bh) ?? Syed Saddiq hadir memberi keterangan di Mahkamah Majistret Kajang, semalam.(foto
Aizuddin Saad/bh) Syed Saddiq hadir memberi keterangan di Mahkamah Majistret Kajang, semalam.(foto
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia