Berita Harian

Tak sempat buat akikah, cukur jambul anak sulung

-

Ipoh: “Arwah suami beritahu ikut operasi empat jam sahaja. Balik nanti dia akan tidur dan berehat. Tidak sangka kata-kata terakhir itu sebenarnya dia akan pergi dan berehat untuk selama-lamanya,” kata Lans Koperal Norina Bakri, 33.

Norina yang juga anggota polis ialah isteri kepada Lans Koperal Saifullah Mohamad, 32, yang maut akibat dirempuh lori selepas menjalanka­n tugas sekatan jalan raya di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor, 5.30 pagi semalam.

Selain Saifullah, seorang lagi anggota yang maut ialah Lans Koperal Mohamad Johari Rosli, 32.

Norina yang bertugas di Balai Polis Johor Jaya tetapi bercuti kerana melahirkan anak sulung mereka berkata, Saifullah ada menghubung­inya sebelum kejadian dan memberitah­u akan mengikuti operasi sekatan jalan raya selama empat jam.

Bagaimanap­un, katanya, tidak lama kemudian seorang pegawai atasannya menelefon dan berpesan supaya tabah untuk menerima berita yang akan disampaika­n.

Katanya, selepas menerima berita itu, dia terus menghubung­i ibu mentuanya di sini, yang turut terkejut mendengar berita itu namun mereka menerimany­a sebagai ketentuan Ilahi.

Norina berkata, Saifullah selalu menelefon dan memberitah­u merinduiny­a dan bayi mereka yang diberi nama Muhammad Hanan Attaqi yang baru berusia 51 hari.

“Arwah sangat teruja untuk mengadakan majlis cukur jambul dan akikah anak sulung kami yang dijangka akan diadakan pada awal bulan depan,” katanya yang ditemui di rumah mentuanya di Taman Jaya Delima, Tanjung Rambutan, di sini.

Norina berkata, arwah suami seorang yang sangat baik, disenangi ahli keluarga dan rakan dan suka berjenaka, membuatkan beliau sentiasa merasa gembira berada di sisinya.

Jenazah Saifullah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata, dekat sini, malam tadi.

Suami beritahu ikut operasi empat jam sahaja. Balik nanti dia akan tidur dan berehat.

 ?? (Foto Muhaizan Yahya/bh) ?? Norina memangku anak mereka yang baru berusia 51 hari ketika ditemui di Taman Jaya Delima, Tanjung Rambutan, Ipoh, semalam.
(Foto Muhaizan Yahya/bh) Norina memangku anak mereka yang baru berusia 51 hari ketika ditemui di Taman Jaya Delima, Tanjung Rambutan, Ipoh, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia