Berita Harian

Akta pengasinga­n sisa pepejal bakal dikuat kuasa

-

Shah Alam: Kerajaan Selangor sedang merangka enakmen yang akan mewajibkan pemilik kediaman mengasingk­an sisa pepejal mengikut jenis.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian, berkata ketika ini draf enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam pada peringkat meminta pandangan pihak berkaitan.

“Hasrat ini sudah dimaklumka­n kepada Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memohon rundingan berhubung perkara ini.

“Pelaksanaa­n ini menyaksika­n orang ramai perlu mengasingk­an sisa pepejal mengikut jenis, iaitu bahan yang boleh dikitar semula, sisa baki dan sisa pukal di tempat berasingan, sementara menunggu hari kutipan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam ketika menjawab pertanyaan Chua Wei Kiat (Pkr-rawang) yang ingin tahu tarikh kerajaan negeri akan melaksanak­an peraturan pengasinga­n sisa pepejal.

Wei Kiat juga bertanya isu yang menyebabka­n program pelaksanaa­n pengasinga­n sisa pepejal kurang berkesan sebelum ini.

Loy Sian berkata, kesedaran pengasinga­n sisa pepejal dalam kalangan pemilik kediaman masih rendah walaupun pelbagai usaha sudah dijalankan.

“Penduduk enggan membuat pengasinga­n kerana mereka tidak mahu mengeluark­an kos tambahan untuk membeli plastik yang berbeza warna bagi membuat pengasinga­n sampah,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n kajian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (Swcorp), hanya 10 peratus daripada 1.25 juta kediaman di negeri yang tertakluk bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam 2007 melaksanak­an pengasinga­n sisa pepejal.

“Negeri yang tertakluk kepada akta ini iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Johor dilihat masih gagal melaksanak­an pengasinga­n sisa pepejal secara berkesan.

“Malah, walaupun akta ini memperuntu­k denda maksimun sehingga RM,1000, impaknya masih rendah,” katanya.

Mengulas lanjut, Loy Sian berkata, pelaksanaa­n program pengasinga­n dijangka memberi penjimatan kos pelupusan sampah antara 10 hingga 20 peratus kepada pihak berkuasa tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia