Berita Harian

Ganti paip usang dijangka siap tahun hadapan

Rangkaian sepanjang 438 kilometer perlu pengawasan rapi secara berterusan

- Oleh Khairul Azran Hussin khaiazr@bh.com.my

Shah Alam: Kerja penggantia­n paip usang yang sering bocor atau pecah sepanjang 438 kilometer di seluruh Selangor dijangka siap secara sepenuhnya pada pertengaha­n tahun hadapan.

Pengerusi Infrastruk­tur dan Kemudahan Awam, Pemodenan

Pertanian dan Industri Asas Tani, Izham Hashim, berkata rangkaian paip itu memerlukan pengawasan rapi secara berterusan, terutama paip usang yang sudah melebihi 30 tahun.

“Kerja penggantia­n paip ini dimulakan pada 2016. Ketika ini, sepanjang 365.16 kilometer (km) paip sudah siap diganti, manakala baki 72.84 km dalam proses penggantia­n.

“Jumlah peruntukan keseluruha­n RM526 juta disediakan bagi program penggantia­n paip dari 2016 sehingga 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Mohd Shamsudin Lias (Bn-sungai Burong) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Kerja penggantia­n paip ini dimulakan pada 2016. Ketika ini, sepanjang 365.16 kilometer (km) paip sudah siap diganti, manakala baki 72.84 km dalam proses penggantia­n.

Sebelum ini, Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan, berkata 86 hot spot (tompok panas) paip usang sepanjang 438 km akan diganti bagi mengurangk­an gangguan bekalan air kepada pelanggan di kawasan terbabit.

Kebanyakan paip yang dikenal pasti dalam kawasan hot spot itu adalah paip jenis Simen Asbestos, yang mudah terhakis kerana dibuat daripada simen dan serat asbestos yang merosot selepas lama digunakan.

Paip Simen Asbsetos itu akan diganti dengan paip generasi baharu yang lebih mantap seperti paip Keluli Lembut (MS), Klorida Plivinil Tidak Berplastik (UPVC), Polietilin­a Ketumpatan Tinggi (HDPE) dan paip Besi Mulur (DI).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia