Berita Harian

‘Tak selama saya di atas’

Haziq berusaha keras penuhi impian sebelum cecah usia 30 tahun

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Pelbagai impian cuba dipenuhi penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni sebelum mencecah usia 30 tahun. Bersyukur impian menjadi pengacara dan penyanyi berjaya dilunaskan, Haziq, 28, kini memburu cita-cita menggengga­m ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan pula.

Masih berbaki satu semester untuk menamatkan pengajiann­ya, Haziq atau nama lengkapnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, berkata semua itu dilakukan demi kepuasan peribadi.

“Sejak dua tahun lalu, rutin harian saya padat dengan tugasan sebagai penyampai radio Hot FM, selain mengacara.

“Kebetulan peluang melanjutka­n pelajaran ada di depan mata, kenapa perlu saya lepaskan? Memang masa terbatas, tetapi saya cuba imbangi supaya tiada yang tercicir.

“Untuk semester ini, kelas saya hanya dua kali seminggu. Cuma, saya perlukan sedikit masa menyiapkan setiap tugasan.

“Saya selalu berpegang kepada kata pepatah, kalau hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Insya-allah, jika kita bijak membahagik­an masa, semua urusan akan dipermudah­kan,” katanya.

Bapa kepada Muhammad Heidy Nufael dan Chayra Auliya itu berkata, sebagai insan seni, sukar untuk dirinya meramal masa depan.

Akur putaran hidup ibarat roda, Haziq perlu membuat persediaan seandainya nanti peluang dalam industri hiburan semakin terbatas.

“Bukan tidak yakin bakat yang ada, namun saya harus bersedia. Hari ini mungkin saya di atas, esok lusa saya tidak tahu.

“Andai nanti saya berada di bawah, saya boleh gunakan ilmu yang ada untuk mencari peluang lain. Saya ada keluarga yang perlu ditanggung.

“Saya kena fikir hari depan, termasuk membuat perancanga­n lima atau 10 tahun akan datang. Jadi, saya cari ilmu sebagai bekalan masa depan,” katanya.

Enam tahun dalam industri, Haziq bersyukur, diberi peluang mencuba pelbagai bidang. Mengendali­kan slot petang bersama Deen di Hot FM, Haziq juga diberi kepercayaa­n mengemudi Muzik Muzik 34 dan Borak Kopitiam.

“Enam tahun bukan tempoh lama, malah saya anggap diri ini masih baharu. Banyak lagi yang perlu saya belajar, tambahan pula saingan semakin besar.

“Saya perlu bersaing secara positif untuk terus memastikan diri relevan,” katanya.

Pernah muncul dengan single Demi Cinta Kita, ciptaan Asfan Shah itu, Haziq akur, percubaan sulung itu belum mampu melonjakka­n namanya sebagai penyanyi.

“Lagu itu mendapat tempat di beberapa stesen radio, termasuk Hot FM, namun ia belum meletakkan saya pada kedudukan selesa.

“Saya perlukan ruang promosi yang lebih besar. Namun, ia tidak mematahkan semangat untuk terus mencuba,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Haziq mendapat kepercayaa­n mengendali­kan konsert Lazada 11.11 Super Show! yang akan berlangsun­g di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), Ahad ini.

Bakal disiarkan menerusi TV3, selain aplikasi Lazada dan platform digital lain bermula jam 9 malam, acara itu menemukan Haziq bersama Fiza Sabjahan dan Sean Lje.

Ia menampilka­n 17 artis, termasuk Man Bai, kumpulan Hujan, Ayda Jebat, Shuk Hot FM, Hael Husaini, Siti Nordiana, Naim Daniel, K Clique, Ebby Yus, Shiha Zikir, Elly Mazlein, Fazura, Eyka Farhana, Zizi Kirana dan Sofea Liyana (De Fam).

Turut menyerikan kumpulan K-pop, Apink dan penyanyi Indonesia, Cinta Laura Kiehl. Konsert itu diterajui Russell Rodriques selaku pengurus projek, Muhamad Sufian Che Isa (Penerbit Eksekutif) dan Mohd Jamira Ramli (penerbit). mata, Muhammad Heidy Nufael serta Chayra Auliya. » Memenangi trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31.

 ??  ?? Haziq Hussni
Haziq Hussni

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia