Berita Harian

Trump bakal kalah?

-

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Republikan beliau kalah teruk, semalam, selepas Demokrat diramal menang dalam pilihan raya di dua negeri dan keputusan itu menjadi petunjuk kempen pemilihan semula Donald Trump pada 2020 bakal berdepan masalah.

Gabenor Republikan, Matt Bevin di negeri konservati­f, Kentucky dikalahkan pencabar Demokrat, Andy Beshear yang mendahului kurang separuh mata apabila undi dikira 100 peratus, menurut pegawai rasmi yang memantau pemilihan itu.

Lebih teruk, parti Trump juga hilang kawalan terhadap kedua-dua dewan perundanga­n di negeri yang kian memihak Demokrat, Virginia, menurut jangkaan media AS termasuk The New York Times.

“Kami mengisytih­arkan Peguam Negara Beshear sebagai pemenang pemilihan gabenor Kentucky,” kata Setiausaha Negeri, Alison Lundergan Grimes di CNN.

“Bevin berjaya mendapat sekurang-kurangnya 15 mata beberapa hari terakhir, namun ia tidak mencukupi (Berita Palsu akan menyalahka­n Trump!),” kata Trump menerusi Twitter.

Jika kekalahan Bevin disahkan, ia bakal menjadi kekalahan mengejutka­n untuk konservati­f di negeri selatan AS yang menyaksika­n Trump menang 30 peratus pada 2016. AFP/ REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia