Berita Harian

Seteru Duterte jadi penasihat

-

Manila: Seorang pengkritik tegar perang anti-dadah Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menerima jawatan ditawarkan semalam bagi membantu mengemudi kempen itu, berikrar menghentik­an pembunuhan individu tidak bersalah.

Ketika pengkritik berkata lantikan itu sebagai usaha mencemar nama baiknya, langkah itu akan meletakkan Leni Robredo berada dalam lingkungan tindakan keras yang dikecam di peringkat antarabang­sa.

Duterte menawarkan jawatan kepada Robredo, yang juga Naib Presidenny­a, selepas kritikan berulang beliau terhadap kempen yang mengorbank­an ribuan mangsa.

“Saya mahu memperbetu­lkan kempen memerangi dadah, berhenti membunuh mereka yang tidak bersalah dan menghukum pegawai bersalah,” kata Robredo dalam sidang media.

Beliau akan menjadi pengerusi bersama satu jawatankua­sa bertanggun­gjawab memantau tindakan kekerasan yang sehingga kini diketuai oleh agensi dadah kebangsaan.

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia