Berita Harian

Saintis ramal El Nino pada 2020

-

Barcelona: Corak cuaca rumit El Nino yang membawa hujan lebat dan kemarau panjang ke negara sekitar Pasifik dari Peru sehingga ke Indonesia dan Australia, kemungkina­n muncul sekali lagi pada 2020, menurut ramalan penyelidik.

Sepasukan saintis antarabang­sa meramalkan peluang 80 peratus berlakunya El Nino tahun depan, yang terjadi apabila suhu permukaan laut meningkat mendadak di atas paras normal di timur-tengah Khatulisti­wa Pasifik.

Saintis berkata minggu ini, model mereka yang menggunaka­n algoritma untuk menganalis­is kaitan antara perubahan suhu udara di rangkaian grid di seluruh rantau Pasifik, mungkin meramalkan setahun sebelum terjadinya El Nino.

“Kaedah konvension­al tidak boleh membuat ramalan meyakinkan ‘El Nino’ enam bulan lebih awal. Dengan kaedah kita, kami secara kasar menggandak­an tempoh amaran sebelumnya,” kata pembangun bersama, Armin Bunde, seorang jurufizik di Universiti Giessen Jerman.

Terma El Nino bermaksud ‘budak lelaki’ dalam bahasa Sepanyol, kali pertama digunakan pada kurun ke-19 oleh nelayan di Peru dan Ecuador untuk merujuk perairan panas luar biasa yang mengurangk­an tangkapan sebelum Krismas, menurut Pertubuhan Meteorolog­i Dunia (WMO).

Fenomena itu berlaku setiap dua hingga tujuh tahun dan biasanya berlangsun­g antara sembilan hingga 12 bulan, sering kali pada pertengaha­n tahun dan memuncak antara November dan Januari. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia