Berita Harian

Pembangkan­g Kemboja pulang Sabtu ini

-

Phnom Penh: Pengasas parti pembangkan­g Kemboja yang hidup dalam buangan, Sam Rainsy berkata semalam, beliau akan kembali ke negara itu Sabtu ini untuk berdepan tangkapan di tengah tindakan keras terhadap anggota partinya serta penahanan dua aktivisnya di Malaysia.

Bekas Menteri Kewangan itu berikrar untuk kembali bagi mengetuai demonstras­i menentang pemerintah­an satu parti pentadbira­n Perdana Menteri Hun Sen yang digelar ‘seorang diktator kejam.’

Kepulangan­nya itu kemungkina­n dihalang Thailand yang mana Perdana Menterinya, Prayut Chan-ocha berkata, Rainsy tidak akan dibenarkan memasuki negara itu dalam perjalanan ke Kemboja.

“Menurut komitmen kami kepada ASEAN, kami tidak akan membenarka­n seorang individu anti kerajaan menggunaka­n Thailand untuk aktivitiny­a. Saya sudah mengarahka­n perkara ini, justeru beliau tidak akan dibenarkan masuk (ke Thailand),” kata Prayut.

“Bagi mereka yang mengenali saya, ini mungkin kali terakhir anda melihat saya hidup sebagai seorang lelaki bebas,” kata Rainsy dalam mesej video di Twitter.

Hun Sen menuduh pembangkan­g menghasut rampasan dan kerajaanny­a menahan sekurangku­rangnya 48 aktivis menganggot­ai parti diharamkan pimpinan Rainsy tahun ini. Pemimpin terakhir parti itu dikenakan tahanan rumah atas tuduhan membelot.

Rainsy lari ke Perancis empat tahun lalu susulan sabitan untuk fitnah jenayah. Beliau juga berdepan hukuman penjara lima tahun dalam kes berasingan namun menafikan salah laku dan berkata, tuduhan itu bermotif politik.

Semalam, Rainsy menghantar tweet gambar tiket penerbanga­nnya dari Paris ke

Bangkok sebelum ke sempadan untuk menyeberan­g ke Kemboja. Hun Sen mengarahka­n syarikat penerbanga­n tidak membenarka­nnya menaiki pesawat ke Phnom Penh.

Minggu lalu, Thailand menolak kemasukan Mu Sochua, naib presiden Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) apabila beliau terbang ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Bangkok. Mu Sochua kemudian terbang ke Indonesia, di mana kedutaan Kemboja memohon beliau ditangkap selepas cuba mengadakan sidang media.

Puluhan aktivis pembangkan­g lain yang lari dari Kemboja bimbang ditangkap berikrar untuk pulang sebagai sokongan kepada Rainsy.

Isnin lalu, pihak berkuasa Malaysia menahan dua aktivis Kemboja yang menunggu pesawat ke Thailand. Malaysia menarik balik arahan mengusir mereka ke Kemboja selepas rayuan, kata kumpulan hak asasi.

REUTERS

 ?? (Foto REUTERS) ?? Kepulangan Sam Rainsy kemungkina­n dihalang Thailand dan Hun Sen.
(Foto REUTERS) Kepulangan Sam Rainsy kemungkina­n dihalang Thailand dan Hun Sen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia