Berita Harian

Magis Stamford Bridge

Chelsea bangkit ikat Ajax selepas ketinggala­n 1-4

-

London: Frank Lampard percaya pemain Chelsea sudah sebaris dengan pasukan hebat lain apabila bangkit selepas ketinggala­n 1-4 untuk mengikat Ajax 4-4 dalam saingan ‘gila’ Liga Juara-juara di Stamford Bridge, semalam.

“Saya mengharung­i malam gila dan malam ini memang berbeza, tapi kami sudah pun berjaya,“kata Lampard, yang pernah membantu Chelsea menjulang

Liga Juara-juara sepanjang 13 tahun bersama.

“Saya sangat suka dengan semangat dan karakter yang kami pamerkan dan saya rasa penyokong juga sukakannya. Apa yang pasti kami akan tingkatkan lagi permainan, dengan semangat seperti ini, kami ada harapan.”

Dalam saingan di Stamford Bridge itu, The Blues kelihatan akan kalah kali kedua di laman sendiri di Eropah selepas jaringan gol sendiri Tammy Abraham dan Kepa Arrizabala­ga sebelum tandukan Quincy Promes dan percubaan tepat Donny Van der Beek membolehka­n gergasi Belanda itu mendahului selesa 4-1.

Bagaimanap­un, selepas Cesar

Azpilicuet­a merapatkan kedudukan buat Chelsea, pelawat beraksi sembilan pemain susulan kad kuning kedua buat Daley Blind dan Joel Veltman dan tuan rumah menerima sepakan penalti kedua mereka.

Jorginho menyamakan kedudukan buat Chelsea 1-1 menerusi sepakan penalti pada babak pertama dan dia melunaskan tugasnya sekali lagi pada babak kedua.

Reece James kemudian menyamakan kedudukan buat Blues pada minit ke-74 dan Pengadil Bantuan Video (VAR) menafikan kemenangan bersejarah Chelsea apabila jaringan Azpilicuet­a tidak disahkan kerana Abraham dipersalah­kan memegang bola.

Kedua-dua pasukan kini terikat dengan tujuh mata di puncak Kumpulan H dengan Valencia, yang mengatasi Lille 4-1 akan bertemu Chelsea pada 27 November ini.

“Saya memang sudah jangka saingan kumpulan ini akan sengit. Kami sedia dan masih banyak kerja perlu dilakukan,” kata Lampard. AFP

 ??  ?? Aksi Liga Juara-juara antara Chelsea dan Ajax Amsterdam yang menyaksika­n 8 gol terhasil.
Aksi Liga Juara-juara antara Chelsea dan Ajax Amsterdam yang menyaksika­n 8 gol terhasil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia