Berita Harian

Oxlade-chamberlai­n julang Liverpool

-

Liverpool: Liverpool semakin hampir layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-juara, semalam selepas jaringan Alex Oxladecham­berlain memberikan mereka kemenangan 2-1 mengatasi Genk seterusnya berada di tangga teratas Kumpulan E.

Oxlade-chamberlai­n meledak jaringan kemenangan tujuh minit selepas rehat yang meletakkan juara Eropah itu di depan selepas tandukan deras pemain Genk, Mbwana Samatta menyamakan jaringan pembukaan Georginio Wijnaldum.

Bagaimanap­un, kemenangan itu bukan mudah seperti kejayaan 4-1 di Belgium sebelum ini kerana penyudah kurang berkesan yang membenarka­n Genk, yang sudah tersingkir kembali mendapat rentak.

“Kami tidak menyudahka­n situasi seperti yang kami patut lakukan. Kami sudah memiliki peluang besar yang biasanya akan kami gunakan tetapi kali ini tidak. Itu yang membuatkan permainan terbuka,“kata jurulatih Jurgen Klopp kepada BT Sport.

“Jika anda hanya menjaringk­an satu gol, dan mereka satu gol, ia bermakna banyak usaha dilakukan. Perlawanan baharu bermula pada babak kedua, agak bagus... Tetapi perancanga­nnya ialah menang perlawanan dan kami lakukannya, jadi tugas selesai.”

Sementara itu, Liverpool akan bermain dua perlawanan dalam tempoh dua hari di dua negara selepas aksi suku akhir Piala Liga Inggeris menentang Aston Villa dijadualka­n sehari sebelum aksi separuh akhir Piala Kelab Dunia di Qatar. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia