Berita Harian

Jentera PETRONAS

- Oleh Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Jentera PETRONAS Sepang Racing Team edisi terhad yang digunakan semasa perlumbaan Grand Prix Malaysia, minggu lalu.

Kuala Lumpur: Kemelut menjelang pemilihan kepimpinan baharu Kesatuan Hoki Malaysia (MHC) memasuki episod baharu dengan ada individu yang didakwa mahu menidakkan Datuk Kamarudin Meranun bertanding bagi merebut jawatan Presiden.

Terdahulu, Jawatankua­sa Perundanga­n MHC pada sidang media semalam mengesahka­n Pengerusi Eksekutif Kumpulan Airasia Berhad itu tidak layak bertanding selepas hanya mendapat dua pencalonan.

Mengikut perlembaga­an MHC, individu yang mahu bertanding merebut jawatan nombor satu badan induk itu perlu mendapat minimum tiga pencalonan.

Situasi itu menyaksika­n penyandang jawatan, Datuk Seri Subahan Kamal yang mendapat 13 pencalonan bakal diumumkan menang tanpa bertanding pada pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MHC, 16 November ini.

Bagaimanap­un, ‘orang kuat’ kem Kamaruddin yang juga Timbalan Presiden Persatuan Hoki Johor (JHA), Datuk Majid Manjit Abdullah, berkata Kamaruddin

sepatutnya mendapat pencalonan ketiga daripada Persatuan Hoki Kedah (KHA) sebelum ada individu yang menukar senarai calon dihantar badan induk itu pada saat akhir.

“KHA menerusi mesyuarat majlis mereka pada 30 Oktober yang lalu sebulat suara bersetuju untuk mencalonka­n Datuk Kamarudin sebagai Presiden dan senarai calon dihantar kepada MHC menerusi emel pada 1 November.

“Namun, ada pertukaran yang dibuat dalam senarai calon itu pada saat akhir.

“Untuk pengetahua­n semua, Datuk Kamarudin mendapat perkenan daripada Yang di-pertuan Agong Al-sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-mustafa Billah Shah bagi bertanding jawatan presiden.

“Disebabkan situasi ini, beliau mengadakan pertemuan dengan Yang di-pertuan Agong hari ini bagi memaklumka­n akan menarik diri.

“Beliau kecewa dengan situasi ini kerana beliau benar-benar komited membawa perubahan kepada sukan hoki negara. Sepatutnya beliau diberi peluang bertanding tetapi ada individu yang seolah-olah tidak mahu beliau bertanding,” kata Majid ketika sidang media semalam.

Sidang media itu juga seharusnya menjadi medan buat Kamarudin berkongsi perancanga­nnya bagi membawa perubahan dalam MHC sekiranya dipilih sebagai Presiden baharu badan induk itu.

Namun, disebabkan konflik yang berlaku, Kamarudin membuat keputusan tidak hadir. Beliau mendapat pencalonan daripada JHA dan Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA).

Dalam pada itu, Majid memaklumka­n semua calon daripada kem Kamarudin menarik diri daripada pemilihan yang akan berlangsun­g kali ini.

Ia termasuk dirinya sendiri yang dicalonkan sebagai Naib presiden selain calon Timbalan Presiden wanita, K Maheswari sekali gus menyaksika­n penyandang, Prof Datuk Dr S Shamala menang tanpa bertanding.

Tiga lagi calon Naib Presiden, Datuk Ow Soon Kooi, Datuk Che Khalib Mohamad Noh dan Lum Sau Foong turut menarik diri.

Malah, Majid berkata, beliau turut difahamkan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-sultan Abdullah akan menyatakan pendirian untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden lelaki.

“KHA sudah memanjangk­an perkara ini kepada pejabat menteri dan Pejabat Pesuruhjay­a Sukan bagi menjalanka­n siasatan. Bagaimanap­un, apa jua keputusan sama ada AGM ditangguhk­an atau sebaliknya, kami sebulat suara kekal dengan pendirian untuk tidak bertanding,” kata Majid.

 ??  ??
 ??  ?? Kamarudin Meranun
Kamarudin Meranun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia