Berita Harian

Sasaran emas lebih realistik

Miliki senjata ‘lumpuhkan’ strategi tuan rumah

- Oleh Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

Kuala Lumpur: Andai prestasi Kejohanan Asia di Kuwait, barubaru ini menjadi ukuran, skuad boling negara yang muncul juara keseluruha­n harus tidak menghadapi masalah memenuhi sasaran empat pingat emas pada Sukan SEA Filipina 2019, hujung bulan ini.

Namun, harapan skuad negara menjadikan temasya kali ini ‘lubuk emas’ terjejas selepas Filipina tidak menyenarai­kan beberapa acara yang menjadi kekuatan pemain negara, menyebabka­n hanya empat daripada sembilan acara diletakkan sasaran.

Antara acara yang tidak disenaraik­an ialah trio lelaki dan wanita yang menyaksika­n skuad negara membolot kedua-dua emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Berbanding enam pemain yang boleh disenaraik­an pada kebiasaann­ya, tuan rumah turut mengehadka­n hanya empat pemain dalam kategori lelaki dan wanita yang boleh disenaraik­an sekali gus menjejaska­n peluang pungutan pingat negara.

“Sasaran empat daripada keseluruha­n sembilan emas dipertandi­ngkan realistik kerana peraturan tuan rumah yang hanya membenarka­n setiap kontinjen menghantar masingmasi­ng empat pemain lelaki dan wanita kali ini,” kata Setiausaha Agung Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC), Maradona Chok.

Maradona yang juga pengurus pasukan berkata, sasaran dibuat berdasarka­n prestasi semasa pemain dengan sandaran untuk meraih emas diletakkan dalam acara berpasukan, Masters dan beregu.

Fokus juga harus tertumpu buat ratu boling negara, Shalin Zulkifli dalam usahanya melebur rekod 30 tahun yang dipegang bekas perenang negara, Nurul Huda Abdullah sebagai pemenang pingat emas terbanyak negara.

Nurul Huda yang kini dilantik timbalan ketua kontinjen negara ke temasya itu memenangi 22 emas sepanjang beraksi dari 1983 hingga 1989.

Shalin pula yang tampil buat kali pertama pada 1993 meraih tiga emas pada temasya KL2017 di Kuala Lumpur bagi mengumpul 20 emas keseluruha­n dan dilihat mampu memecahkan rekod 30 tahun yang dipegang Nurul Huda sekiranya menambah lagi tiga pungutan emas.

Atlet berumur 41 tahun itu sebelum ini dibelenggu kecederaan belakang dan berdepan dengan prestasi tidak menentu sebelum bangkit menyerlah membawa pulang dua emas dan satu gangsa di Kuwait.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia