Berita Harian

Waspada helah Gajah Perang

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui pemainnya perlu lebih berwaspada untuk berdepan Thailand pada aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 14 November ini.

Ia susulan skuad Gajah Perang itu dilaporkan menyenarai­kan barisan terbaik mereka termasuk pemain yang beraksi di Liga Jepun, Thitipan Puangchan dan Chanathip Songkrasin untuk berdepan Harimau Malaya.

Cheng Hoe bagaimanap­un percaya barisan pemain Harimau Malaya juga sedar mengenai apa yang mereka perlu lakukan untuk mendapat keputusan positif berdepan Thailand nanti.

“Ini adalah kelayakan Piala Dunia, setiap pasukan akan mengambil pendekatan yang serius kerana setiap mata dan perlawanan penting buat manamana pasukan.

“Thitipan dan Chanathip tidak beraksi ketika menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan kita tahu mereka mempunyai pengalaman yang cukup luas di peringkat antarabang­sa.

“Tapi pemain kita pun sudah habis musim (Liga Malaysia) dan mereka sudah pasti lebih fokus kepada dua perlawanan (berdepan Thailand dan Indonesia). Saya rasa pemain juga mahu lakukan sesuatu buat pasukan kebangsaan,” katanya ditemui pada sesi latihan di padang Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Sementara itu, pemain tengah Baddrol Bakhtiar menegaskan impiannya untuk menyumbang sesuatu buat Harimau Malaya selepas lama tidak dipanggil menyertai skuad itu.

“Terima kasih kepada jurulatih kerana masih lagi percaya dengan saya dan panggilan kali ini saya janji akan beri komitmen seratus peratus, kalau boleh nak bagi keputusan positif untuk Harimau Malaya,” katanya.

Santokh beri cadangan kepada FAM

Kuala Lumpur: Bekas pemain kebangsaan, Datuk Santokh Sigh berpendapa­t skuad kebangsaan memerlukan ‘back-up team’ atau pasukan sokongan bagi memastikan kelangsung­an pemain setiap kali menghadapi perlawanan tertentu.

Pandangan itu dilontarka­n Santokh ketika sesi pertemuan bekas pemain kebangsaan bersama Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin di Kelana Jaya, semalam.

Sebagai contoh, Santokh berkata, Harimau Malaya perlu mewujudkan pasukan A dan B yang memiliki kekuatan seimbang.

“Ia bermaksud kita tidak perlu risau andai kata ada pemain cedera, sebagai contoh jika Azam Azih cedera kita terus ada seorang lagi pemain miripnya sebagai ganti tanpa membuang masa.

“Selain itu, inisiatif Hamidin mengadakan pertemuan dengan bekas pemain kebangsaan adalah baik dan bagus untuk pembanguna­n bola sepak.

“Pengalaman kami selaku orang lama dalam bola sepak kini didengar dengan setiap daripada kami melontarka­n idea secara telus,” katanya.

Antara bekas pemain yang turut diundang pada pertemuan itu termasuk Datuk Soh Chin Aun, Datuk Hassan Sani, Datuk

 ?? (Foto FB FAM) ?? Lagenda bola sepak negara bertemu Hamidin di Wisma FAM, semalam.
(Foto FB FAM) Lagenda bola sepak negara bertemu Hamidin di Wisma FAM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia