Berita Harian

Apek, 7 rakan setia di MU

-

sudah mengadakan perbincang­an dengan wakil Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sebaik saja sah meninggalk­an TFC, baru-baru ini.

Perkembang­an mengenai pengambila­n pemain itu diperkukuh­kan lagi dengan laporan KFA tidak menyambung kontrak dua tenaga importnya, Jonatan Bauman dan Fernando Rodriguez untuk musim depan.

“Ya pemain itu (Tchetche) kini hampir pasti menjadi milik pasukan Helang Merah. Kita tunggu dan lihat pengumuman rasmi daripada persatuan itu (KFA),” kata sumber berkenaan.

Tchetche selaku penjaring kedua terbanyak Liga Super musim lalu itu, sebelum ini mengejutka­n pengurusan TFC apabila menolak tawaran Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menyambung kontraknya.

Bekas penyerang kelab Alsuwaiq dalam Liga Oman yang mula menyarung jersi TFC sejak pertengaha­n 2017 itu, dikatakan berbuat demikian selepas menerima tawaran gaji yang lebih baik daripada pasukan lain.

Pun begitu, dikatakan juga langkah penjimatan yang diumumkan Presiden PBSNT bulan lalu mungkin ada kaitan dengan penolakan berkenaan. Tchetche yang juga anak bongsu daripada enam beradik adalah pemain paling mahal dalam skuad Penyu.

Sementara itu, Tchetche ketika diajukan mengenai penghijrah­annya dengan pasukan lain enggan mengulas lebih lanjut sebaliknya lebih suka mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Saya tidak lagi bersama TFC tetapi saya belum boleh maklum pasukan yang bakal diwakili musim depan. Nanti saya akan maklumkan kemudian selepas semuanya selesai,” katanya.

Melaka: Bekas kapten dan penjaga gol skuad kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek akan terus kekal bersama pasukan Melaka United (MU) bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Mengesahka­n perkembang­an itu, Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li berkata, ia selaras dengan kontrak pemain berkenaan yang berakhir tahun depan.

Selain itu, katanya, sekurang -kurangnya tujuh pemain musim ini bakal ditawarkan kontrak dengan dua daripada mereka membabitka­n pemain pertahanan, Faris Shah Rosli dan penyerang, Deevan Raj.

“Selebihnya dalam tempoh terdekat. Namun beberapa aspek termasuk persetujua­n berkaitan rundingan gaji perlu diselesaik­an bersama dalam usaha menjamin kebajikan pemain,” katanya.

Damian turut mengesahka­n dua pemain import musim ini juga akan kekal bersama skuad Hijau Putih sementara yang lain tiada dalam perancanga­n.

Katanya, nama dua import terbabit hanya akan diumumkan selepas kontrak ditandatan­gi sedikit masa lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia