Berita Harian

Mickey kekal perkuat Pahang

-

Kuantan: Penyerang lincah kelahiran Pulau Pinang, Mohd Faisal Abdul Halim akan terus menabur bakti bersama pasukan Pahang bagi musim kelima tahun depan.

Ketika ditemui di sini, beliau mengakui seronok dan berpuas hati dapat terus mencurahka­n khidmat kepada skuad Tok Gajah dalam tempoh yang agak panjang.

“Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) sentiasa menjaga kebajikan pemain. Mereka menyediaka­n pelbagai kemudahan bagi memastikan kami dapat terus selesa dan berpuas hati bersama skuad Tok Gajah.

“Saya berharap tahun kelima musim depan dapat memberi lebih banyak peluang bermain dalam saingan Liga Malaysia yang pastinya lebih mencabar.

“Saya juga akan berusaha memberi persembaha­n terbaik demi kejayaan pasukan yang pasti inginkan pencapaian terbaik selepas terlepas menjulang kejuaraan musim ini,” katanya yang berharap peminat setia Tok Gajah tidak berganjak memberi sokongan kepada pasukan Pahang.

Mohd Faisal atau lebih terkenal dengan panggilan Mickey berkata, musim ini prestasiny­a agak kurang memuaskan terutama selepas berhadapan kemelut kecederaan di penghujung saingan Piala Malaysia hingga tercicir daripada berada dalam senarai pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia