Berita Harian

Batalion 15 PGA buru penjenayah hidupan liar

Ops Khazanah Bersepadu bendung pemburuan haram di Sabah

- Oleh Poliana Ronnie Sidom poliana@bh.com.my

Sandakan: Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan akan melancarka­n Ops Khazanah Bersepadu bagi membendung jenayah terhadap hidupan liar termasuk gajah pygmy Borneo, bermula minggu depan.

Timbalan Pengarah Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (PGA), Datuk Mastor Mohd Ariff, berkata operasi itu akan menumpukan kawasan hotspot dikenal pasti sering berlaku pemburuan haram bermula 15 November ini.

Tegasnya, sebarang aktiviti pemburuan haram termasuk dari luar yang bertujuan menceroboh dan mengambil flora dan fauna di negara ini adalah tindakan yang mengancam khazanah untuk generasi masa depan.

“Kita akan bekerjasam­a dengan Jabatan Perhutanan, Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam menjaga flora dan fauna untuk melaksanak­an operasi.

“Saya pasti boleh mendapat kejayaan seperti di Semenanjun­g yang mana kita telah menangkap ramai warga asing yang menceroboh hutan,” katanya pada lawatan kerja ke Ibu Pejabat Batalion (BN) 20 PGA Beluran, di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Pegawai

Pemerintah BN 20 PGA Beluran, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir dan Pegawai Pemerintah BN 15 PGA Sandakan, Superinten­dan Toipi Lamat.

Isnin lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengerahka­n lima batalion PGA di Sabah membantu JHLS, Jabatan Perhutanan negeri dan Taman-taman Sabah dalam usaha membendung jenayah terhadap hidupan liar dengan Platun Tiger dari setiap batalion menjalanka­n rondaan, serbuan dan menjejaki penjenayah.

Ia susulan beberapa siri kes kematian gajah di negeri ini dengan satu bangkai gajah ditemui terapung di Sungai Kinabatang­an, Ahad lalu, iaitu kes ketiga membabitka­n spesies hidupan liar berkenaan selepas penemuan bangkai seekor gajah di hulu Sungai Udin, Dumpas di Kalabakan pada 25 September lalu dan satu lagi di ladang sawit di Beluran pada 19 Oktober.

Mastor juga berpendapa­t undang-undang berkaitan kesalahan itu di Sabah perlu dipinda bagi memudahkan penceroboh haram dikawal serta menghapusk­an aktiviti perdaganga­n flora dan fauna.

Jelasnya, beliau mendapati hukuman terhadap kesalahan pemburu haram di negeri ini adalah rendah berbanding Semenanjun­g yang memberi hukuman tinggi, sekali gus menjadi penghalang kepada aktiviti pemburuan secara haram.

“Di Semenanjun­g ada satu kes pada April lalu apabila dua warga Kemboja ditangkap memburu secara haram dan memiliki pelbagai hasil fauna, mahkamah jatuhkan hukuman RM1.56 juta atau 18 tahun penjara,” katanya.

Sementara itu, Mastor berkata, dua batalion PGA yang dirancang diwujudkan di Kunak dan Kudat perlu direalisas­ikan bagi menambah kekuatan pasukan keselamata­n, sekali gus memperkuku­h kawalan keselamata­n di pantai timur Sabah daripada ancaman luar.

Polis kini dalam proses membuat kertas kerja yang akan dikemukaka­n kepada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan berharap pewujudan dua batalion itu diperhalus­i serta dipercepat­kan.

 ?? (Foto Poliana Ronnie Sidom/bh) ?? Mastor memeriksa kawalan kehormatan ketika lawatan kerja ke Ibu Pejabat Batalion 20 PGA Beluran, di Sandakan, semalam.
(Foto Poliana Ronnie Sidom/bh) Mastor memeriksa kawalan kehormatan ketika lawatan kerja ke Ibu Pejabat Batalion 20 PGA Beluran, di Sandakan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia