Berita Harian

Peruntukan RM3.10 bilion bina sembilan jambatan

-

Petra Jaya: Kerajaan negeri memperuntu­kkan sejumlah RM3.10 bilion untuk membina sembilan jambatan, bagi menghubung­kan jalan pesisir Sarawak.

Menteri Muda Infrastruk­tur, Datuk Julaihi Narawi, berkata program pembanguna­n jalan pesisir merangkumi tiga komponen utama, iaitu penggantia­n tujuh perkhidmat­an feri dengan pembinaan Jambatan Batang Rambungan; Batang Lupar, Batang Saribas, Sungai Krian, Batang Paloh, Muara Lassa dan Batang Igan.

“Bagi komponen pertama, empat daripada tujuh pakej sudah ditawarkan kepada kontraktor, membabitka­n pembinaan Jambatan Batang Saribas dengan kos RM375.5 juta; Jambatan Sungai Krian (RM75.02 juta); Jambatan Batang Paloh (RM298.98 juta); Jambatan Muara Lassa (RM597.58 juta).

“Selain itu, Jambatan Rambungan (RM142 juta); Jambatan Batang Lupar (RM1 bilion) dan Jambatan Batang Igan (RM305.8 juta),” katanya dalam Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.

Jambatan Batang Saribas dan Sungai Krian berada di Betong; Jambatan Batang Paloh, Muara Lassa dan Igan (Mukah); Jambatan Batang Rambungan (Kuching) dan Jambatan Batang Lupar (Betong / Samarahan).

Julaihi berkata, bagi pembinaan komponen kedua pula, ia membabitka­n pembinaan jalan di Jalan Pasi, Sarikei / Tanjung Manis di Mukah, Jambatan Bintulu / Jepak, Jalan Kedua dari Samarahan ke Kuching melalui Tanjong Bako, di Kuching dan Jalan dari Jambatan Sungai Limbang ke Kampung Pendam di Limbang.

Kelmarin, Kerajaan Persekutua­n melancarka­n Projek Sarawaksab­ah Link Road, membabitka­n pembinaan jajaran baharu sepanjang 425 kilometer dengan kos RM5.2 bilion.

Projek berkenaan dijangka bermula Oktober tahun depan bermula di Long Lama (Marudi) ke Lawas di Sarawak dan berakhir di Sindumin, Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia