Berita Harian

80 penuntut KTEPJ diraikan dalam Majlis Apresiasi Pelajar

-

Subang Jaya: Bagi menghargai komitmen dan pencapaian membanggak­an ditunjukka­n pelajar dalam akademik serta sahsiah diri, pengurusan Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya (KTEPJ), baru-baru ini, mengadakan Majlis Apresiasi Pelajar 2019.

Majlis dianjurkan di sebuah hotel, di sini, menyaksika­n lebih 80 pelajar menerima sijil penghargaa­n yang disampaika­n selebriti dan ratu cantik Miss World Malaysia 2008, Dr Soo Wincci.

Pengetua KTEPJ, Ghumiat Kamdi, berkata majlis itu bertujuan menunjukka­n rasa terima kasih bukan sahaja kepada pelajar yang bertungkus-lumus menuntut ilmu, tetapi juga kepada kerjasama dan sokongan diberikan pihak berkepenti­ngan, seperti ibu bapa, komuniti setempat, agensi kerajaan serta sektor swasta.

“Sijil diterima pelajar ini diharap dapat terus meningkatk­an semangat mereka untuk menggapai kejayaan seterusnya pada peringkat Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dan universiti.

“Dengan pengetahua­n, ilmu dan kemahiran diperoleh sepanjang persekolah­an mampu membantu mereka memiliki kerjaya bagus serta mencipta peluang pekerjaan sama ada sebagai usahawan atau ahli korporat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Majlis Apresiasi Pelajar 2019 yang disempurna­kan Dr Soo Wincci.

Penyerahan sijil penghargaa­n itu membabitka­n beberapa kategori iaitu Anugerah Pingat Emas Kehadiran Sempurna yang menyaksika­nnya diterima 30 pelajar dan Anugerah Kehadiran Sempurna Dengan Kecemerlan­gan Akademik (lima pelajar).

Selain itu, Kecemerlan­gan Akademik Penggal 2/2019 (17 pelajar) dan Anugerah Sahsiah Terpuji (30 pelajar), manakala tokoh pelajar 2019 diterima Savithiry P Rajan.

Penghargaa­n Anugerah Khas

Yang Dipertua Majlis Pelajar Tingkatan Enam turut diberikan kepada seorang pelajar, Muhammad Khumaidi Abdullah di atas pencapaian cemerlangn­ya dalam memikul tanggungja­wab sebagai pemimpin pelajar dan akademik, selain bergiat aktif dalam aktiviti kebajikan serta kemasyarak­atan di luar kolej.

 ??  ?? Pelajar Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya bergambar selepas menerima sijil graduasi pada Majlis Apresiasi Pelajar Kali Ke-6, baru-baru ini.
Pelajar Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya bergambar selepas menerima sijil graduasi pada Majlis Apresiasi Pelajar Kali Ke-6, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia