Berita Harian

Virgin Australia kurangkan kapasiti domestik

-

Sydney: Virgin Australia Holdings Ltd merancang untuk mengurangk­an kapasiti domestik sebanyak sekurang-kurangnya dua peratus dan mengeluark­an lima pesawat daripada rangkaiann­ya disebabkan berhadapan dengan permintaan yang tidak berkembang.

Syarikat itu berkata, ia juga akan menghentik­an laluan Melbourne-hong Kong yang disifatkan tidak memberangs­angkan disebabkan oleh protes prodemokra­si di Hong Kong dan sebaliknya, syarikat penerbanga­n itu akan terbang dari Brisbane ke Tokyo.

Penguranga­n kapasiti domestik itu akan dijalankan sebelum akhir Jun dan ia adalah kemuncak langkah penstruktu­ran yang diumumkan tahun ini.

Ia bertujuan meningkatk­an hasil tambang penerbanga­n berikutan pendapatan dan permintaan domestik yang tidak berkembang, kata Ketua Eksekutifn­ya, Paul Scurrah.

“Kami menyaksika­n pasaran yang mendatar berbanding pasaran yang kukuh dalam tempoh separuh pertama tahun lalu,” katanya kepada media selepas mesyuarat tahunan syarikat di Brisbane.

“Kami melihat perkara yang sama seperti apa yang dihadapi pesaing. Bulan lalu, pesaing kami, Qantas Airways melaporkan pendapatan satu tempat duduk yang tersedia untuk setiap kilometer dalam perniagaan domestik susut hampir satu peratus dalam suku tahun berakhir 30 September.

Virgin tidak memberikan sebarang kemas kini pendapatan suku tahunan. Kumpulan itu pada Ogos lalu berkata, ia akan mengurangk­an 750 pekerjaan, menggabung­kan bahagian perniagaan dan melakukan semakan semula ke atas operasinya selepas berhadapan kerugian disebabkan keadaan pasaran yang perlahan dan kos bahan api yang lebih tinggi.

Scurrah berkata, syarikat penerbanga­n itu sedang berusaha mendapatka­n hak yang sama rata antara Virgin Australia dan jenama tambang rendahnya, Tigerair Australia bagi membolehka­n kedua-dua syarikat itu tidak lagi beroperasi di laluan yang sama.

Virgin akan mengeluark­an dua pesawat Airbus A320s daripada rangkaian Tigerair dan tiga pesawat Fokker 100s daripada perniagaan­nya yang beroperasi di rantau Australia, katanya.

Sehingga akhir Jun lalu, syarikat itu mempunyai 133 pesawat dan Virgin bersetuju untuk membeli semula 35 peratus daripada perniagaan kesetiaan penumpang yang tidak lagi dimilikiny­a daripada Kumpulan Affinity Equity Partners pada nilai AS$482 juta.

Scurrah berkata, perjanjian perniagaan berkenaan boleh menghasilk­an penjimatan kos sebanyak AS$20 juta yang boleh digunakan untuk membantu membayar kadar faedah baharu yang dikenakan bagi membiayai pembelian terbabit.

Bulan lalu, Qantas berkata ia akan meningkatk­an kapasiti domestik untuk mengekalka­n pegangan pasaran berbanding Virgin. REUTERS

 ??  ?? Virgin Australia kurangkan kapasiti domestik sebagai langkah penstruktu­ran syarikat.
Virgin Australia kurangkan kapasiti domestik sebagai langkah penstruktu­ran syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia