Berita Harian

Pengguna minta PLUS kaji semula

Netizen anggap tindakan akan menyusahka­n pengguna

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin dan Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Pelbagai pihak, termasuk NGO menyuaraka­n rasa tidak berpuas hati terhadap langkah PLUS menghentik­an perkhidmat­an tambah nilai kad Touch ‘n Go di semua lorong keluar plaza tol seliaannya mulai kelmarin dan mahu ia diteruskan bagi kemudahan pengguna lebuh raya.

Kuala Lumpur: Pelbagai pihak menyuaraka­n rasa tidak puas hati terhadap langkah PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menghentik­an perkhidmat­an tambah nilai kad Touch ‘n Go di semua lorong keluar plaza tol miliknya.

Orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak supaya perkhidmat­an itu diteruskan bagi kemudahan pengguna.

Malah, tinjauan di beberapa laman Facebook termasuk milik Touch ‘n Go Malaysia mendapati mereka membantah langkah itu kerana dianggap boleh menimbulka­n kesulitan kepada pengguna.

Mereka mahu PLUS membuka semula perkhidmat­an tambah nilai di laluan keluar plaza tol sehingglah khidmat tambah nilai secara dalam talian menerusi e-wallet diaktifkan.

“I drive (pandu) dekat highway.. u suruh i top up tempat lain then bayar you dekat highway? pastu charge lagi.. bro.. u ok ke tak?,” kata Khang Loon Leong.

Qaira Vs Qeyro pula mencadangk­an PLUS menyediaka­n butang tambah nilai dalam e-wallet manakala lebuh raya PLUS perlu menggunaka­n kemudahan pembayaran itu.

“Atau link (sambung)kan di mana2 jompay/ online banking untuk menambah nilai TNG Card secara online. Agar mudahkan pengguna.

“Mohon sistem tambah nilai TNG ditambah baik. Sebab selalu pergi nak tambah nilai, mesti sistem down,” katanya.

Aizat Muhamat Khazali pula berharap PLUS mengambil kira kepentinga­n orang kurang upaya (OKU) yang sukar ketika menambah nilai di luar kenderaan.

“Harap boleh bertimbang rasa sikit kepada OKU yang susah payah nak turun naik kenderaan nak top up lagi, selagi tak boleh top up online jangan la tutup,” katanya.

“Selesaikan dulu masalah e-wallet dan RFID. Selesaikan masalah tambah nilai kad melalui online. Baru cakap pasal nak kurangkan pekerja. Kurangkan staf tambah nilai,” kata Fidzan Mml.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata PLUS perlu mengambil kira kepentinga­n semua pihak.

Sambil mendesak khidmat itu diteruskan, beliau berkata bukan semua pihak menggunaka­n lebuh raya setiap hari menyebabka­n mereka tidak mempunyai baki mencukupi ketika memasuki kawasan plaza tol.

Malah katanya, ada pengguna yang baru berkhidmat di ibu negara dan sekitarnya serta bergantung kepada alat Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan aplikasi Waze, secara tidak sengaja memasuki kawasan plaza tol dan tidak mempunyai baki mencukupi.

Walaupun banyak tempat lain ada khidmat tambah nilai termasuk di pasar raya dan kedai serbaneka, PLUS masih perlu menyediaka­n lorong tambah nilai.

“Kesesakan di plaza tol hanya berlaku pada waktu puncak dan musim perayaan, bukan sepanjang masa,” katanya kepada BH, semalam.

Sabtu lalu, PLUS memaklumka­n menutup perkhidmat­an tambah nilai Touch ‘n Go di semua lorong keluar plaza tol di lebuh rayanya mulai kelmarin.

PLUS memberi alasan tindakan itu diambil untuk mengurangk­an kesesakan yang berpunca daripada urusan tambah nilai di lorong tol.

Sementara itu, jurucakap PLUS ketika dihubungi semalam mempertaha­nkan tindakan itu dan berkata, masalah tidak akan timbul sekiranya pengguna membuat persediaan awal.

Katanya, penutupan lorong tambah nilai itu hanya membabitka­n semua lorong keluar plaza tol di lebuh raya PLUS, namun lorong tambah nilai di lorong masuk di plaza tol PLUS terpilih masih beroperasi seperti biasa.

“Bagi yang menghadapi kesulitan saat akhir seperti kekurangan baki untuk keluar dari plaza tol, PLUS juga menyediaka­n lorong khusus di mana pengguna boleh membayar baki secara tunai di lorong berkenaan. Petugas tol akan membantu melancarka­n urusan pengguna,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Penutupan lorang tambah nilai kad Touch ‘n Go dibimbangi akan menyebabka­n berlaku kesulitan dalam kalangan pemandu.
Penutupan lorang tambah nilai kad Touch ‘n Go dibimbangi akan menyebabka­n berlaku kesulitan dalam kalangan pemandu.
 ??  ?? Mohd Yusof Abdul Rahman
Mohd Yusof Abdul Rahman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia