Berita Harian

Tun M tak mahu ulangi kesilapan pilih pengganti Perdana Menteri

Dr Mahathir tak mahu ulangi kesilapan 2003, 2009

-

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak mahu mengulangi kesilapan lalu berhubung pemilihan penggantin­ya bagi jawatan Perdana Menteri.

“Saya sudah buat banyak kesilapan dalam menentukan siapa pengganti bagi menyandang jawatan Perdana Menteri. Jadi saya tidak mahu buat kesilapan itu lagi kali ini,” katanya dalam temubual dengan dengan akhbar Financial Times di Bangkok, baru-baru ini.

Perdana Menteri merujuk kepada kekecewaan­nya memilih pengganti pada 2003 dan 2009, masing-masing membabitka­n Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir bagaimanap­un mengulangi jaminan tiada perubahan mengenai calon penyandang jawatan Perdana Menteri seterusnya apabila semua isu berkaitan ekonomi, termasuk bebanan hutang daripada 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) diselesaik­an.

“Saya ada pengalaman menyelesai­kan kemelut kewangan, jadi mereka mahu saya (terus pikul tugas sebagai Perdana Menteri) bagi merungkai isu terbabit sebelum meletak jawatan,” katanya lagi.

Isu peralihan kuasa sering menimbulka­n ketegangan dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) dengan segelintir pemimpin utamanya mengusulka­n Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri selama satu penggal penuh, iaitu hingga 2023.

Pemimpin pembangkan­g juga membuat gesaan sama apabila enam Ahli Parlimen UMNO pada 24 Oktober lalu, tampil memberi sokongan supaya Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH meneruskan mandat sebagai Perdana Menteri sehingga pilihan raya umum (PRU) seterusnya.

Enam individu berkenaan ialah Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar), Datuk Dr Adham Baba (Tenggara), Datin Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Datuk Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Maran) dan Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut).

“Sebenarnya tiada tarikh atau tempoh tertentu dinyatakan (peralihan kuasa), sebaliknya keputusan mengundur diri bergantung kepada beberapa masalah yang Malaysia hadapi ketika ini.

“Apa yang saya sebutkan ketika mereka melantik saya (sebagai Perdana Menteri) adalah saya tidak akan kekal di situ, bermakna saya tidak akan menghabisk­an penggal penuh,” katanya

Pada PRU tahun lalu, Dr Mahathir mengetuai PH bersama pemimpin pembangkan­g lain, termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menumbangk­an Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dalam skandal 1MDB.

“Sesiapa pun akan rasa berdebar apabila hendak menyerahka­n kuasa pentadbira­n negara kepada penggantin­ya. Anwar juga menolak andaian ada perebutan kuasa, jadi saya tidak fikir ini adalah satu isu,” katanya lagi.

Dalam temu bual berkenaan, Perdana Menteri juga antara lain mengulas mengenai projek infrastukt­ur mega dimeterai kerajaan terdahulu dengan China serta isu etnik Uighur dan Rohingya.

Sebenarnya tiada tarikh atau tempoh tertentu dinyatakan (peralihan kuasa), sebaliknya keputusan mengundur diri bergantung kepada beberapa masalah yang Malaysia hadapi ketika ini.

Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia