Berita Harian

Keselamata­n pengguna jangan diabai

-

Di sebalik pelbagai reaksi dan pandangan mengenai cadangan pelaksanaa­n bike-hailing atau teksi motosikal di negara ini, kerajaan akhirnya memutuskan untuk memberi laluan kepada perkhidmat­an itu. Seperti dinyatakan, tempoh percubaan akan dilaksanak­an selama enam bulan di Lembah Klang, bermula Januari depan.

Tidak dinafikan perkhidmat­an teksi motosikal ada kebaikanny­a. Lihat sahaja bagaimana Gojek di Indonesia membantu mengatasi kekangan kesesakan lalu lintas yang dialami di bandar besar. Tidak mustahil ia juga berkesan untuk Lembah Klang.

Di sebalik manfaat, kekhuatira­n dibangkitk­an umum khususnya dalam soal keselamata­n perkhidmat­an itu tidak boleh dipandang ringan. Ramai khuatir pelanggan mungkin terdedah risiko jenayah. Sejauh mana kerajaan melihat soal ini. Selain, aspek percanggah­an sistem perundanga­n, demografi penduduk, pertikaian antara industri dan kesan kepada alam sekitar juga perlu diteliti.

Harapnya kerajaan sudah ambil kira semua ini sebelum putuskan untuk memberi ‘lampu hijau’ kepada khidmat ala Gojek ini. Apa sekalipun mekanisme yang ditetapkan, harus dipastikan keselamata­n pengguna diberikan keutamaan berbanding kepentinga­n perniagaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia