Berita Harian

‘Industri kreatif mampu dieksport’

ASWARA mampu sedia produk kreatif berkualiti untuk pasaran tempatan dan antarabang­sa

- Oleh Fahmy A Rosli fahmy.azril@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kandungan industri kreatif seperti filem, drama dan animasi mampu menjadi eksport yang boleh menguntung­kan negara sekiranya produk yang dihasilkan berkualiti, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagi merealisas­ikan hasrat itu, Perdana Menteri berkata, pelajar dalam bidang seni dan budaya mampu memberi sumbangan dalam industri kreatif yang sedang berkembang pesat kini.

Malaysia membuktika­n kelas tersendiri apabila karya animasi seperti Upin dan Upin, Ejen Ali dan Boboiboy The Movie men- dapat perhatian pada peringkat antarabang­sa.

Dr Mahathir percaya, berikutan wujudnya pelbagai fakulti di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), institusi itu mampu menyedia kandungan serta produk kreatif lebih berkualiti untuk pasaran tempatan dan antarabang­sa.

“Industri kreatif adalah sektor yang sedang berkembang maju di Malaysia. Sehingga 31 Mac 2019, terdapat 345 syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di bawah kluster kandungan kreatif dan teknologi daripada jumlah keseluruha­n 2,986 syarikat berstatus MSC Malaysia yang aktif.

“Pada 2018, syarikat berstatus MSC Malaysia di bawah kluster ini mencatatka­n nilai jualan sebanyak RM7.69 bilion dengan nilai eksport sebanyak RM1.4 bilion dan menyediaka­n sebanyak 11,471 peluang pekerjaan.

“Saya yakin industri kreatif negara ini akan memberi sumbangan yang positif terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya berucap selepas dianugerah­kan Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Pembanguna­n Kesenian Kebudayaan) sempena Konvokesye­n

ASWARA Ke-15, di sini semalam.

Anugerah disampaika­n Rektor ASWARA, Prof Madya Sahar Sa'adi Hashim dengan disaksikan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Penganuger­ahan itu sebagai penghargaa­n dan penghormat­an tinggi buat Dr Mahathir di atas jasa serta pengorbana­nnya dalam membangun dan melestarik­an bidang kesenian, kebudayaan dan warisan.

Dalam istiadat sama, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut dikurniaka­n

Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Promosi Seni Kreatif) di atas sokongan padu serta mengangkat industri seni persembaha­n tanah air.

Dr Mahathir berkata, beliau dan isteri terharu dengan anugerah yang diberikan dan berterima kasih kepada ASWARA dan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Terlebih dahulu saya ucap terima kasih kepada ASWARA dan MOTAC di atas anugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Pembanguna­n Kesenian Kebudayaan) kepada saya dan Ijazah

Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Promosi Seni Kreatif) kepada isteri saya.

“Saya diberitahu ini julung kali Ijazah Kedoktoran Seni Kreatif diperkenal­kan di Malaysia oleh ASWARA iaitu sebuah institusi pendidikan tinggi seni yang mempunyai prasarana dinamik di Malaysia,” katanya.

“Penganuger­ahan ini sudah pasti sangat amat bermakna buat kami. Tetapi, yang lebih penting ialah anugerah ini meletakkan seni dan budaya sebagai satu subjek yang perlu mendapat perhatian,” katanya.

 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? Sahar Sa'adi menyampaik­an Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Pembanguna­n Kesenian Kebudayaan) kepada Dr Mahathir pada Istiadat Konvokesye­n ASWARA Ke-15, di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) Sahar Sa'adi menyampaik­an Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Pembanguna­n Kesenian Kebudayaan) kepada Dr Mahathir pada Istiadat Konvokesye­n ASWARA Ke-15, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia