Berita Harian

PM lancar visi, misi baharu Agrobank

-

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarka­n visi dan misi baharu Agrobank sempena sambutan Jubli Emas bank itu.

Dengan visi ‘memperkasa­kan pertanian melangkaui perbankan’ serta misi ‘meningkatk­an taraf pertanian dan menyediaka­n sokongan berterusan untuk manfaat komuniti, ekonomi dan pemegang taruh’, Agrobank bersedia untuk lebih ke hadapan dalam memberi sokongan akses kewangan yang holistik kepada pelbagai segmen serta komuniti pertanian.

Penanggung Tugas Presiden/ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar, berkata pelancaran visi dan misi baharu itu tepat pada masanya bagi memastikan kelangsung­an jaminan bekalan makanan negara terjamin dengan memberi peluang kepada lebih ramai agropreneu­r mengembang­kan perniagaan mereka.

“Kami akan terus menyalurka­n solusi perbankan yang baik dalam mencipta nilai dan impak positif kepada komuniti, ekonomi, persekitar­an dan pihak berkepenti­ngan kami sejajar dengan inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi perantaraa­n berasaskan nilai (VBI),” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran visi dan misi baharu Agrobank di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Khadijah berkata, setakat 2019, aset pembiayaan Agrobank mencapai lebih RM11 bilion, melepasi sasaran aset bagi 2020, sebahagian besarnya dibiayai oleh dana komersial.

Dari segi kualiti aset pembiayaan, Agrobank katanya, berjaya menurunkan kadar pembiayaan tidak berbayar daripada 22 peratus bagi 2011 kepada 4.0 peratus pada 2019.

Agrobank kini mempunyai 180 cawangan termasuk jaringan perkhidmat­an melalui kiosk, sudut dan pusat agro di kawasan terpencil dan luar bandar.

Sebanyak 71 peratus rangkaian Agrobank berada di luar bandar bagi menyediaka­n rangkuman kewangan kepada segmen sasaran dengan nilai sebanyak RM9.6 bilion pada 2018, meningkat 15 peratus berbanding 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia