Berita Harian

Cabaran besar suburkan syiar Islam

Ummah digesa bersama bantu negara rangka formula, kukuh pegangan tauhid

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar suhaila.shahrul@bh.com.my

Putrajaya: Umat Islam mempunyai tanggungja­wab besar membantu negara merangka formula dan memperkena­lkan program Islam lebih berkesan bagi menyemai kembali pegangan tauhid dan keimanan kukuh.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, bertitah umat Islam juga mempunyai cabaran berat untuk mentransfo­rmasikan minda dan jiwa agar nilai murni, jujur, amanah serta ikhlas menjadi darah daging dalam kalangan ummah.

Titah baginda, setiap keluarga Islam wajib sedar bahawa Islam yang diwarisi secara automatif melalui kelahiran perlu diperlengk­ap dengan pengisian.

“Setiap Muslim mempunyai dua tanggungja­wab, kepada Allah (fardu ain) dan tanggungja­wab sesama makhluk (fardu kifayah).

“Di samping peranan dilaksanak­an Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), setiap organisasi dan umat Islam memiliki tanggungja­wab fardu kifayah untuk meletakkan negara ini pada landasan yang betul, agar menjadi sebuah negara sejahtera dan mendapat keampunan Ilahi.

“Negara Islam itu dibangunka­n oleh ummahnya, melalui sifat dan laku ummahnya, bukan melalui penjenamaa­n nama negara.

“Negara dan organisasi tidak dapat mendakwa diri masing-masing sebagai Islam, jika warga sesebuah negara dan ahli kepada organisasi tidak mengamalka­n sifat seorang Muslim yang sejati,” titah baginda pada majlis Syarahan Diraja Sambutan Jubli Emas MKI di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Titah Sultan Nazrin, selaras perkara yang diperuntuk­kan dalam Perlembaga­an, kerajaan mengambil tanggungja­wab melaksanak­an program berkaitan Islam dengan membangunk­an infrastruk­tur dan membekalka­n sumber manusia.

Baginda menekankan bahawa kegemilang­an Islam pada satu masa dahulu meninggalk­an legasi dan idealisme tinggi, namun kemajuan sesuatu bangsa tidak boleh bergantung pada legasi dan idealisme semata-mata.

Jelas baginda, survival umat Islam perlu dibina melalui pembinaan kekuatan minda dan menyuntik keyakinan untuk bersaing dan berlumba, bukan dengan kaedah menakut-nakutkan.

“Perbuatan menakut-nakutkan ummah samalah seperti budaya menakut-nakutkan anak

Melayu di kampung pada era pra dan pascamerde­ka dengan cerita puntianak dan hantu kubur, hingga anak berkenaan dibunuh keberanian mereka, lalu menjadi pengecut dan penakut,” titah baginda.

Terdahulu dalam ucapannya, Mujahid berkata, fungsi dan peranan MKI perlu diperkasak­an bagi bersama-sama bergerak merealisas­ikan Wawasan Kemakmuran Bersama menjelang 2030.

Mujahid yang juga Timbalan Pengerusi MKI berkata, Malaysia sebagai sebuah negara Islam perlu membina kekuatan dengan memastikan pentadbira­n yang saksama dan berkesan agar kemakmuran dan kemajuan yang ingin dicapai setara dengan negara maju.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ?? Sultan Nazrin bersama Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada Majlis Sambutan Jubli Emas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia di Putrajaya, semalam. Yang turut hadir, Mujahid; Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Samad dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) Sultan Nazrin bersama Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada Majlis Sambutan Jubli Emas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia di Putrajaya, semalam. Yang turut hadir, Mujahid; Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Samad dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia