Berita Harian

Kerja saya bukan pecat orang: Dr Mahathir

-

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau hanya akan memecat seseorang anggota pentadbira­n sekiranya sesuatu perkara yang dilakukan sangat serius.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, beliau tidak akan tunduk dengan desakan pihak lain yang menggesa supaya Tan Sri Tommy Thomas dipecat kerana didakwa Peguam Negara itu dilihat menyalahgu­nakan kuasa dengan mencampur tangan dalam beberapa kes mahkamah.

“Saya bukan kerja pecat orang. Kadang-kadang orang membuat kesilapan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Nasional Janji Kerajaan di Perdana Putra, di sini, semalam.

Beliau mengulas desakan Ketua Pembangkan­g, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta Perdana Menteri menasihati Yang di-pertuan Agong untuk memecat Tommy atas alasan campur tangan dalam beberapa proses pendakwaan.

Ismail Sabri dilaporkan membuat gesaan itu pada sidang media di lobi Parlimen berikutan tindakan Pejabat Peguam Negara menggugurk­an dua pertuduhan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban

Saya ingin memecat beberapa anggota pembangkan­g kerana mereka membuat banyak kesilapan tetapi kita mempunyai kedaulatan undang-undang dan kita mematuhiny­a.

Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Jaya, P Gunasekara­n berkaitan kes Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Dalam pada itu, Dr Mahathir secara berseloroh berkata, beliau juga berhasrat untuk memecat sesetengah pemimpin pembangkan­g.

“Saya ingin memecat beberapa anggota pembangkan­g kerana mereka membuat banyak kesilapan tetapi kita mempunyai kedaulatan undang-undang dan kita mematuhiny­a,” katanya.

Mengulas penahanan Naib Presiden Cambodia National Rescue Party (CNRP), Mu Sochua oleh Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabang­sa

Kuala Lumpur (KLIA), malam semalam, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak mahu bertentang­an dengan kerajaan negara lain berhubung perkara itu kerana ia bukan urusan negara ini.

“Kita mahu mengusir dia (Sochuan), (tetapi) orang mahu dia datang balik ke sini. Sekarang kita sedang cuba mencari mana-mana negara yang mahu mengambil beliau.

“Mereka ini buat jenayah di negara lain. Tindakan (penahanan) itu kerana jenayah yang dilakukan, bukan kerana kesalahan itu dilakukan di sini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia