Berita Harian

Kaji semula keputusan henti khidmat tambah nilai

-

Kuala Lumpur: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) diminta untuk mengkaji semula keputusan menghentik­an perkhidmat­an tambah nilai kad Touch ‘n Go (TNG) di lorong keluar plaza tol lebuh raya miliknya.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata PLUS perlu mengambil kira pandangan pengguna yang kebanyakan­nya tidak bersetuju dengan keputusan itu.

“Saya berharap pengurusan PLUS dapat meneliti semula keputusan itu dengan mengambil kira pandangan pengguna lebuh raya, dan mereka harus menyediaka­n pilihan bagi kemudahan pengguna,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan BH berhubung pandangan pelbagai pihak yang menyuaraka­n rasa tidak puas hati terhadap langkah PLUS menghentik­an perkhidmat­an tambah nilai kad Touch ‘n Go di lorong keluar plaza tol lebuh raya miliknya di Wilayah Utara dan Selatan.

Orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak supaya perkhidmat­an itu diteruskan bagi kemudahan pengguna, sehinggala­h khidmat tambah nilai secara dalam talian menerusi e-wallet diaktifkan di semua lebuh raya milik PLUS.

Sementara itu, PLUS akan mengadakan taklimat media di Persada PLUS di Petaling Jaya pada jam 10 pagi ini bagi menjelaska­n matlamat dan rasional inisiatif ‘Tiada Tambah Nilai’ di lorong keluar di plaza tol.

Sabtu lalu, PLUS memaklumka­n menutup perkhidmat­an tambah nilai TNG di semua lorong keluar plaza tol di lebuh rayanya mulai Selasa lalu.

PLUS perlu mengambil kira pandangan pengguna yang kebanyakan­nya tidak bersetuju dengan keputusan itu.

Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia