Sesak 7 kilometer

Lorong keluar terhalang baki kad TNG pemandu tak cukup

Berita Harian - - Muka Depan - Oleh Ifwan Tun Tuah dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi [email protected]

Kesesakan lebih tujuh kilometer di Plaza Tol Skudai di Johor Bahru, sejak kelmarin, berikutan pemandu kenderaan yang tidak mempunyai baki kad Touch ‘n Go mencukupi meninggalk­an kenderaan masing-masing untuk menambah nilai menggunaka­n kios layan diri automatik di plaza tol berkenaan.

Johor Bahru: Kesesakan teruk lebih tujuh kilometer berlaku di Plaza Tol Skudai di sini, beberapa kali sejak Selasa lalu hingga semalam apabila lorong keluar terhalang berikutan segelintir pengguna tidak mempunyai baki kad Touch ‘n Go (TNG) mencukupi.

Tinjauan BH di kawasan itu semalam mendapati, lorong kenderaan berat di sebelah kiri menjadi laluan paling teruk terjejas kerana pemandu, termasuk yang memandu kereta, menyangka mereka masih boleh menambah nilai di situ seperti sebelum ini.

Beberapa pengguna dilihat meninggalk­an kenderaan dekat plaza tol sebelum berlari ke kawasan hentian untuk menambah nilai kad TNG menggunaka­n kiosk layan diri automatik, manakala ramai pemandu lori yang terhalang membunyika­n hon berulang kali menyebabka­n suasana menjadi kecoh.

Abu Bakar Wahab, 69, dari Melaka, berkata dia terpaksa meninggalk­an keretanya dan berjalan kira-kira 200 meter ke mesin kiosk untuk menambah nilai.

“Sebaik tiba di kiosk layan diri, tiada petugas yang berada di situ membantu. Saya sudah tua dan tidak pandai menggunaka­n kiosk itu dan terpaksa meminta bantuan orang lain,” katanya.

Mohd Azwa Masih, 38, pula berkata PLUS perlu menyediaka­n sekurang-kurangnya satu lorong untuk tambah nilai bagi mengelakka­n kesesakan sedemikian.

“Saya dan beberapa pemandu lain tidak menyedari pemansuhan khidmat tambah nilai ini yang bermula kelmarin (Selasa lalu), kami hanya tahu apabila sampai ke plaza tol dan tidak boleh menambah nilai kad.

“Jika ada satu lorong tambah nilai, sekurang-kurangnya pemandu tidak perlu tinggalkan kereta dan mengambil masa lama untuk pergi ke kiosk, sekali gus mengelakka­n kesesakan teruk yang menjejaska­n ramai pengguna lebuh raya yang lain seperti ini,” katanya.

Pemandu lori, Teo Hee Hock, 59, berkata kesesakan di plaza tol itu menyebabka­n dia terperangk­ap hampir satu jam.

“Biasanya saya hanya perlukan kurang 10 minit untuk melepasi kawasan plaza tol itu, tapi hari ini tempohnya berlarutan hampir sejam,” katanya.

Sementara itu, Pemuda MIC Negeri Sembilan, berkata PLUS sepatutnya meminta pendapat pengguna sebelum menamatkan perkhidmat­an tambah nilai kad TNG di semua lorong keluar plaza tol lebuh raya miliknya.

Katanya, sebagai syarikat konsesi tol terbesar, PLUS sepatutnya memberikan perkhidmat­an yang lebih baik kepada pengguna.

“Penutupan lorong tambah nilai ini hanya mewujudkan keadaan panik kepada pengguna yang baru sedar baki kad tidak mencukupi. Ini kerana masih ada beberapa kawasan yang tiada pusat tambah nilai atau hentian seperti antara Plaza Tol Seremban ke Senawang.

“Justeru, Pemuda MIC Negeri Sembilan mencadangk­an supaya lorong tambah nilai dikekalkan dan diasingkan daripada lorong untuk bas serta lori bagi mengelak kesesakan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan protes di Plaza Tol Seremban semalam.

Ketika protes itu, mereka berdiri berhampira­n plaza tol sambil melaungkan “Kekalkan lorong tambah nilai” selain membawa beberapa sepanduk.

Ramis turut menyerahka­n memorandum bantahan kepada Timbalan Pengurus Kanan Komunikasi Korporat dan Perhubunga­n Komuniti PLUS, Iskandar Dzulkifli.

(Foto Zain Ahmed/bh)

Kesesakan di lorong keluar Plaza Tol Skudai apabila khidmat lorong tambah nilai dihenti.

(Foto Adzlan Sidek/bh)

Ramis Balakrisha­n menyerahka­n memorandum kepada Iskandar selepas mengadakan di Plaza Tol Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.