Bukan kebocoran radioaktif

di gudang kargo Pos Aviation, KLIA

Berita Harian - - Muka Depan - Oleh Noor Atiqah Sulaiman [email protected]

Putrajaya: Gudang Kargo Pos Aviation Sdn Bhd berhampira­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) gempar pagi semalam susulan penemuan sebuah kotak basah disangka akibat kebocoran bahan radioaktif.

Lebih 40 kakitangan syarikat logistik itu diarah mengosongk­an kawasan gudang sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dikejarkan ke lokasi kejadian.

JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 10.42 pagi dengan sepasukan anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA tiba di lokasi pada jam 10.50 pagi, disusuli Pasukan HAZMAT dari BPP Shah Alam.

Namun, pemeriksaa­n mendapati tiada kebocoran bahan radioaktif berlaku di gudang berkenaan, sebaliknya anggota JBPM dan HAZMAT hanya menemui satu kotak basah.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti jenis dan kandungan cecair berkenaan.

Katanya, dalam kotak basah yang ditemui itu terdapat dua unit logam mengandung­i Iridium Metalsolid 192 untuk tujuan perubatan, masing-masing seberat 20 kilogram, namun pemeriksaa­n lanjut mendapati ia tidak pecah.

“Selepas pemeriksaa­n dengan AELB, kami dapati tiada kebocoran bahan radioaktif. Sebelum itu kakitangan di Pos Aviation mendapati sebuah kotak basah, namun apabila diperiksa ternyata tiada kebocoran radioaktif,” katanya di lokasi kejadian.

Hafisham turut mengesahka­n tiada individu dilaporkan cedera atau terjejas selepas pemeriksaa­n oleh petugas Kementeria­n Kesihatan dan lebih 40 kakitangan syarikat itu dibenarkan memasuki semula ke kawasan gudang pada jam 3.30 petang.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum dapat memastikan punca kotak itu basah, termasuk tidak mengesan sesuatu yang mencurigak­an di kawasan sekitarnya.

“Kita tidak tahu yang basah itu apa, apabila periksa sekeliling ternyata tiada kebocoran. Cecair basah itu bukan dari bahan berkenaan (Iridium Metalsolid 192), kita tidak pasti ia air hujan atau apa kerana kawasan berkenaan memang tertutup.

“Mungkin dari awal ketika kotak itu dibawa masuk ia sudah basah. Kita minta syarikat berkaitan untuk mengambil barang berkenaan semula.

“Kotak itu sudah dibalut dan ditutup supaya tidak berlaku kebocoran,” katanya.

Pos Aviation Sdn Bhd sebelum ini mengarahka­n kakitangan­nya mengosongk­an bangunan susuwatnya lan penemuan bahan cecair terbabit.

Hafisham memuji keprihatin­an tiga petugas Pos Aviation Sdn Bhd yang peka dengan perubahan pada kotak bahan radioaktif itu dan melaporkan­nya kepada JBPM untuk tindakan lanjut.

“Untuk langkah pencegahan, ketiga-tiga mereka ini diletakkan di bawah pengawasan pihak Kementeria­n Kesihatan bagi memastikan mereka tidak terdedah kepada sebarang kesan sampingan,” katanya.

(Foto ihsan bomba)

Anggota HAZMAT membuat pemeriksaa­n terhadap kakitangan Pos Aviation, semalam.

Hafisham Mohd Noor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.