Buang 290 tong bahan kimia tepi Sungai Klang

Berita Harian - - Nasional -

Shah Alam: Sebanyak 290 tong mengandung­i bahan kimia dijumpai dibuang pihak tidak bertanggun­gjawab di tebing Sungai Klang di Kampung Kandan Dalam, Puchong, dekat sini, Selasa lalu.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian, berkata siasatan mendapati bahan kimia itu adalah Glycerin, sejenis bahan yang banyak digunakan dalam industri makanan.

“Bahan kimia itu tidak berbahaya serta diklasifik­asikan tidak reaktif dan higroskopi­s. Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil sampel daripada semua tong yang mempunyai bahan kimia itu untuk siasatan lanjut.

“Terdapat 300 tong biru dijumpai di kawasan itu, tetapi hanya 290 masih mempunyai bahan kimia di dalamnya, manakala 10 tong lagi sudah kosong, mungkin isinya sudah di buang ke dalam sungai berkenaan.

“Kerja membersihk­an kawasan itu juga sedang dijalankan kontraktor yang dilantik dan dijangka selesai hari ini atau selewat-leesok,” katanya di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Loy Sian berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti syarikat yang sepatutnya bertanggun­gjawab dalam kes pembuangan tong bahan kimia berkenaan di kawasan itu.

“Kita syak perbuatan ini dibuat kontraktor yang dilantik untuk melupuskan bahan kimia. Mereka hendak mengambil jalan mudah dengan membuangny­a di kawasan berhampira­n dengan sungai,” katanya. BERNAMA

(Foto Ihsan UPBN)

Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran memindahka­n tong yang mengandung­i kimia Glycerine, di Kampung Kandan Dalam, Puchong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.