Berita Harian

Gunakan RFID sepenuhnya, hapus plaza tol

-

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) harus melihat penyelesai­an teknologi sebelum membuat keputusan menghentik­an perkhidmat­an tambah nilai kad Touch ‘n Go di semua lorong keluar plaza tol miliknya.

Kalau benar-benar mahu menyelesai­kan masalah kesesakan, perlu robohkan plaza tol dan buat sistem pembayaran tol secara elektronik menggunaka­n teknologi (RFID) keseluruha­nnya.

Sistem RFID yang dimulakan sebagai projek perintis membabitka­n lebih 400,000 orang awam di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang, sejak Januari lalu juga perlu diperluask­an bagi menggantik­an smart tag.

Negara seperti Australia tidak ada plaza tol pun kerana menggunaka­n sistem RFID untuk tujuan kutipan tol. Penggunaan teknologi RFID bukan baru di negara maju dan sudah diguna pakai untuk mengutip tol di Amerika Syarikat, Argentina dan Taiwan sebelum Australia.

Mungkin PLUS boleh menjimatka­n kos operasi apabila plaza tol diroboh, dan digantikan dengan sistem RFID untuk kutipan tol, sekali gus boleh menangani masalah kesesakan yang dihadapi di plaza tol sekarang berikutan khidmat tambah nilai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia